Semakin hari semakin lemah, itulah yang berlaku pada pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin apabila dia semakin sukar untuk mengingati rakannya sendiri.
Ketika dilawat oleh rakan-rakan seperjuangannya baru-baru ini, Jins Shamsuddin sudah tidak boleh mengecam wajah mereka lagi. Namun begitu, beliau masih boleh bercerita mengenai industri perfileman tanpa sedkit pun terlupa mengenainya.
“Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling.” Jurey Latiff Rosli dipetik dari mStar Online.
“Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik.”
Antara rakan-rakan yang hadir melawat Jins termasuklah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan AJK Gafim. Jins ketika dilawat berada dalam keadaan sihat dan beliau cuma menghadapi masalah ingatan yang semakin lemah.
Sumber : mStar Online