berita

“Ingatkan Akaun IG The Rock!” – Netizen Ketawa Lihat Gambar Lucu Maszlee Malik Bersenam

December 14th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Gambar terbaru yang dimuatnaik bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Instagram beliau menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Mana tidaknya, gambar yang dimuatnaik itu menampakkan beliau sedang bersenam dengan membuat ‘push up’ di atas bar sambil memakai rantai besi memenuhi leher. Tengok pun seram tau!

Dr Maszlee Malik yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air bulan lepas. Katanya, beliau mahu menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Ruangan komen dibanjiri gelak ketawa

Dalam kapsyen perkongsiannya itu, beliau berkata ‘I tried…’ dan ruangan komen turut dibanjiri oleh netizen yang ketawa akan gambar yang lucu itu. Ada yang berseloroh menyamakan penampilan Maszlee dengan lagenda gusti dunia, The Rock. Tak kurang juga ada yang bertanya di mana mahu mendapatkan rantai besi setebal itu.

Terdapat banyak juga komen dari netizen yang menunjukkan sokongan terhadap beliau dalam melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan turut memberi semangat supaya Dr Maszlee teruskan gaya hidup sihat.

Perkongsian itu menerima sambutan yang baik dengan mendapat lebih 5000 tanda suka dan 300 komen.

Sumber: Maszlee Malik.

SKIP THIS AD ×