Menyayat hati apabila terlihat seorang bayi yang baru saja dilahirkan, dibungkus bersama sehelai kain batik dan ditinggalkan di halaman rumah. Bayi itu ditemui seorang suri rumah yang terdengar tangisan dari arah halaman rumah.
Semut hurung pada badan dan muka
Memetik laporan Astro Awani, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Nor Hidayah Shafie tergamam apabila terdengar tangisan bayi di luar rumahnya di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar, Kedah. Sebaik sahaja membuka pintu rumah, dia ternampak sehelai kain batik membungkusi sesuatu benda. Dia menyangkakan anak kucing di dalam balutan tersebut.
Bayi itu merah nak putih dah tali pusat semua ada… ada semut hurung kat badan muka penuh.
Masih bertali pusat
Lebih mengejutkan lagi apabila badan bayi berkenaan masih dipenuhi darah dan bertali pusat. Dia bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu dan bertindak mencuci darah serta membuang semut yang menghurung muka bayi.
Bayi itu bagaimanapun telah dibawah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Bayi perempuan itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (NICU) HSB untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Astro Awani