berita

Ingatkan Boleh Lepas, Sekali….

May 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu telah ditenggelami air selepas cuba meredah laluan banjir. Menerusi Twitter Syamiera, dia cuba meredah kawasan banjir itu selepas melihat 2 kereta jenis Perodua Viva berjaya mengharungi kawasan banjir itu dengan selamat. Dia tidak sangka paras air banjir di situ semakin meningkat semasa dia cuba untuk mengharunginya.

Viva lepas sampai aku sangkut

First, aku dari Sungai Merab nak ke Putra Height dan buka waze, waze bagi jalan tu. Dia tak keluar pula info kata ada banjir ke apa ke. Then masa corner tu aku nampak depan tu dah mula banjir. Ada 2 biji Viva lalu, lepas tapi diorang amik ke kanan sikit. So aku pun confident la. Tekan je minyak tak lepas sebab teringat papa pernah pesan kalau lalu jalan banyak air jangan lepas minyak, nanti air masuk dalam ekzos tu.

So aku jalan jela, tiba-tiba kereta bergerak ke tengah then mati. Stuck terus, aku try start sebab aku takut air masuk dalam enjin kereta. Aku nak call orang then tiba-tiba air dah mula masuk dalam kereta. Terus aku bawa barang-barang keluar. Aku keluar-keluar, memang air paras lutut wei.

Menurutnya kejadian berlaku dengan pantas. Dia berani meredah banjir tersebut selepas melihat 2 buah kereta dihadapanya berjaya mengharungi banjir tersebut. Namun, sewaktu dia cuba melepasi kawasan banjir itu, tiba-tiba keretanya seolah-olah ditarik ke tengah dan enjinnya mati. Keretanya sangkut disitu dan tidak dapat dihidupkan kembali.

Tak ada sorang tolong

Lepastu aku jalan ke tepi, paling aku sakit hati sebab belakang aku banyak je kereta berhenti tapi semua tak buat apa-apa. Aku ni dengan hujan lebat, nak buat call tkde tempat berteduh. Sampai la aku nampak lori towing kat seberang jalan. Aku lambai panggil dia but dia kena uturn bagai dan its take 15 minit jugaklah.

Lepastu, aku jadi blur. Tak tahu nak buat apa, aku perasan orang kereta belakang sibuk keluarkan phone je dok amik gambar ke video ke entah lah. While me, phone dah masuk air orang call tak dengar. Basah Kuyup.

Tambahnya lagi, ketika kejadian paras air dikatakan naik secara pantas sehinggakan dia panik dan terus keluar dari kereta. Sewaktu itu air sudah berada di paras lutut dan keretanya tidak lagi boleh dihidupkan. Lebih menyedihkan, tiada seorang pun yang bantu keluar untuk menolongnya yang keseorangan di tengah jalan sambil dibasahi hujan.

Duduk bengkel kejap

Dah abang towing tu sampai, aku terus minta masuk dalam lori sebab nak buat call, aku dah basah lenjun and aku pinjam phone abang tu sebab phone aku start buat hal. Aku tak minta dia tarik lagi/ bawa naik towing sebab dah inform family and ada yang nak datang. Tapi tak datang-datang, so abang towing kata takpe tarik je kereta, sebab takut kereta tenggelam, air makin naik.

So dia pun tarik la kereta, sakit kalah putus cinta tengok kereta kancil macamtu dalam air, air penuh naik sampai tempat duduk.Terus bawak keluar je barang, letak dalam kereta Arif since dia pun dah sampai.

Terus call mama, mama kata bawa pergi bengkel dekat Semenyih sebab memang biasa repair kat situ.

Selepas lori penunda tiba, dia tumpang berteduh di dalam lori dan membuat panggilan kepada ahli keluarga dan rakannya. Dia sedih melihat keadaan keretanya yang hampir separuh badan kereta tersebut ditenggelami air. Akhirnya kereta tersebut berjaya ditarik keluar dan dibawa ke bengkel.

Penuh lumpur satu kereta

Sumber: Syarmiera

The following two tabs change content below.