Trio Bunkface hangat dibualkan di laman sosial apabila single terbaru mereka, Akhir Zaman dikatakan menyemai kebencian terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Malahan, video lirik lagu berkenaan telah dipadamkan dari Youtube setelah dilaporkan oleh orang ramai.
Walaupun dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif, beberapa pengguna Twitter berkongsi pengalaman berbeza mengenai ahli kumpulan indie punk ini.
Keluarkan kain pelikat lepas dengar azan
Gara-gara mencetuskan perdebatan dengan lirik single mereka itu, kumpulan berkenaan turut didakwa terbabit dengan kegiatan negatif. Walaubagaimanapun, seorang netizen tampil mendedahkan sikap sebenar 3 sahabat itu. Menurut Mohd Al Iqbar, trio berkenaan mengeluarkan kain pelikat ketika mesyuarat setelah mendengar azan berkumandang.
Solat sebelum jamming
Memang jaga solat
Sweet Qismina kongsi pengalaman nampak tengah solat
Dalam pada itu, pelakon Sweet Qismina turut menceritakan pengalamannya ternampak salah seorang ahli Bunkface yang solat di belakang pentas Anugerah Juara Lagu pada 2009. Ketika itu dia mengiringi persembahan Aizat untuk lagu Kau dan Aku, manakala Bunkface bertanding menerusi lagu Situasi.
Sumber: Twittter