Lebih tiga bulan mendirikan rumahtangga, pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menerima berita gembira apabila Ardell disahkan positif hamil. Berita ini dikongsikan pasangan ini di laman Instagram masing-masing.
Pada awalnya, Ardell menyangka simptom hamil seperti muntah adalah disebabkan keracunan makanan kerana sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital.
Tak perasan kehadirannya
Menceritakan dengan lebih lanjut, Ardell berkata sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan dan langsung tidak menyangkakan kehadiran bayi di dalam kandungan. Saat mendapat keputusan alat ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah, dia sedikit bingung dan terus mengajak suami mendapatkan kepastian di klinik. Setelah mendapat tahu hamil, memang senyum meleretlah masing-masing.
Ingatkan penyakit lama datang balik
Suami, Nadzmi Adhwa pula menyangkakan penyakit lama si isteri datang kembali kerana tiada selera makan dan muntah-muntah. Dari bulan lepas, si isteri mengalami muntah-muntah yang teruk sehingga terpaksa tidur di dalam tandas. Rupa-rupanya si isteri sedang membawa zuriat mereka di dalam kandungan.
Di ruangan komen, para peminat mendoakan semoga bayi dan ibu sentiasa sihat. Tak sabar nak tunggu kelahiran bayi comel mereka!
Sumber : Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa