Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Amalina Bakri yang dahulunya pernah buat rakyat Malaysia bangga dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Kini, beliau telah merealisasikan cita-citanya menjadi seorang doktor pakar bedah.
Jika anda ikuti Dr. Amalina di Twitter, dia gemar berkongsi pelbagai jenis petua, malah dia juga rajin membalas Tweet dari pengikutnya. Terbaru, Dr. Amalina sempat berkongsi petua untuk lancar berkomunikasi dalam English kepada masyarakat.
Memandangkan ramai meminta Amalina berkongsi beberapa tips untuk lancar bercakap dalam bahasa English, dia tidak keberatan untuk membantu masyarakat kita berkomunikasi dalam bahasa English. Ini beberapa tips yang mungkin anda boleh praktikkan. Jangan malu jika ada kesalahan, janji kita belajar. Betul tak?
Lihat dan dengar. Sumber radio dan rancangan TV berbahasa English juga penting dalam membiasakan diri kita tahu untuk menyusun struktur ayat. Malah ianya juga mengajar kita perkara yang baru.
Belajar dari kesilapan. Dia juga menyarankan untuk sentiasa berkomunikasi berbahasa English jika mahu ada penambahbaikkan dalam pergaulan seharian. Tidak perlu juga berasa malu apabila ditegur kesalahan ayat.
Credit: Twitter Dr. Amalina Bakri