berita

Ini 7 Sebab Kenapa Kita Rasa Sedih Untuk Ucap ‘Goodbye’ Pada Bulan Ramadhan

July 13th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

hmm

Di sebalik keghairahan kita untuk menyambut hari raya pada jumaat depan, mungkin pada yang sama kita macam rasa berat hati je nak tinggalkan bulan ramadhan yang mulia ni. Iya lah, kita sudah terbiasa menahan lapar dan dahaga, bangun sahur dan sebagainya.

Mungkin perkara di bawah ni membuatkan anda lagi berat untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ untuk bulan ramadhan pada kali ni. Semoga kita jumpa lagi pada ramadhan yang akan datang! InsyaAllah..

1) Rindu nak bangun sahur

Upin_dan_ipin_mengantuk_sahur

Korang mesti akan rindu momen untuk bangun sahur. Dengan air liur basi ada lagi kat mulut, mata rabak sebab tak cukup tidur, makan sambil mata tertutup.

Bagi siapa yang dapat duduk dengan family tu memang dapat makan sedap-sedap la! Sahur pun dapat makan udang galah, ayam goreng kentucky dengan sirap bandung tau! perrhh!

2) 2 kali ganda pahala!

deeds

Pada bulan ramadhan yang mulia ni bila korang buat amal kebajikan dan ibadat, pahala akan berganda tau. Time ni lah korang boleh ambil peluang yang ada untuk dapat pahala yang berganda.

Tapi jangan salah faham, tak semestinya bulan ramadhan je korang boleh buat amalan tu. Jangan stop! Teruskan walaupun bulan ramadhan dah berakhir.

3) Berbuka bersama insan tersayang

iftor

Kalau korang perasan, masa bulan puasa ni lah korang akan dapat duduk sekali berbuka dengan keluarga korang. Kalau tak, masing-masing sibuk dengan hal duniawi sampai takde masa nak jumpa.

Kawan-kawan korang yang lama tak jumpa akan cari dan contact balik ajak korang berbuka sama. Nampak tak nikmat bulan ramadhan tu?

4) Bazaar Ramadhan pun dah takde!

air

kejut

Bila ramadhan dah berakhir, kita dah tak rasa kemeriahan di bazaar ramadhan dah.. Di bazaar macam-macam makanan pelik kita jumpa, air pun bermacam-macam color.

Bazaar ramadhan memang lain dengan pasar malam tau. Bazaar ni merupakan food festival untuk kita! Ehemm.. tapi jangan lah sampai tahap membazir..

5) Syaitan lepas dari ikatan

setan

Haa part ni yang tak best ni! Syaitan  akan terlepas dari ikatan sebaik sahaja bulan ramadhan berakhir dan godaan syaitan akan kembali menghantui ada! Brace yourself la bak kata orang putih.. Hmm..

6) Ketenangan terawih di masjid

Screen Shot 2015-07-13 at 11.10.16 AM

solat 1

Kami pasti korang akan rindu ketenangan solat terawih di masjid. Rasanya memang lain macam beb! Kemerduan bacaan imam baca surah-surah ketika solat. Lepas habis terawih ada moreh pula. Serious sedih betul bila ramadhan nak berakhir ni.. hmm

7) Andainya ini ramadhan terakhir..

Selamat Tinggal Ramadhan

Maaf sentimental sikit point ni. Tapi korang bayangkan dan renungkan, masih ada peluang ke kita untuk bertemu bulan ramadhan pada akan datang? #deep

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×