berita

Ini 9 Lagu Yang Kami Rasa Bakal Gegarkan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

October 29th, 2017 | by faris
Kini Trending

Sekarang buka sahaja radio, mesti penyanyi dan lagu baru mereka dimainkan. Boleh dikatakan tak terkira juga ramainya. Kebanyakannya dicungkil dari sosial media saja. Senang kan sekarang, ada bakat, upload video dekat Youtube atau IG, boom, famous sekelip mata!

Dalam ramai-ramai tu, kami senaraikan 9 orang paling viral tahun ini. Lagu mereka macam ada penunggu, sekali dengar, bak kata Hael, ‘Ternyata, diriku bagai sudah dijampi…’. Tapi yang last memang paling gempak, korang mesti setuju punya!

Sufi – Aku Sanggup

Biarpun pernah terpalit kontroversi jenayah seksual ayah tirinya, populariti dan lagu Sufi tidak terkesan dengan isu itu. Terbaru, lagu Aku Sanggup memang mendayu-dayu dan membuai perasaan.

Ara Johari – Warkah Untuk Mu

Vokal dia bukan biasa-biasa, lebih-lebih lagi dalam Warkah Untuk Mu, padu! Tak tahu nak cakap macam mana tapi bila lama-lama dengar, kita boleh lihat lagu itu cukup unik dan menyerlahkan kemantapan vokal bintang realiti TV ini.

Tajul – Sedalam-dalam Rindu

Dia punya suara, kalau orang tak ada pasangan pun boleh merasai keperitan sebuah kehilangan tahu! Lebih-lebih lagi bila tengok muzik videonya yang didedikasikan untuk abangnya arwah abangnya, Achik Spin.

Sufian Suhaimi – Harus Aku

Okay, kita ketepikan soal kisah dia dengan Elfira, populariti Sufian memang tak mampu disangkal lagi. Kalau tidak mantap, takkan mampu ke Anugerah Juara Lagu 31 kan? Sekarang Harus Aku semakin meletup-letup di carta radio popular tanah air.

Khai Bahar – Bayang

Nama Khai Bahar mula mendapat perhatian apabila lagu covernya bersama Siti Nordiana, Memori Berkasih mula viral di  laman sosial. Tidak hanya di Malaysia, Khai juga sudah meluaskan pengaruhnya di Singapura, Indonesia dan Brunei. Kelas!

Wany Hasrita – Menahan Rindu

Pendatang baru yang mempunyai potensi kekal relevan sepanjang zaman kerana karakternya penuh dengan ciri-ciri ketimuran dan bersopan-santun. Selain Menahan Rindu dendangannya sendiri, duetnya bersama Tajul, Disana Cinta Disini Rindu juga cukup diterima ramai.

Haqiem Rusli – Segalanya

Penyanyi ini cukup dikenali dengan trademarknya bercermin mata gelap di atas pentas. Walaupun bersaiz kecil, namun kebolehan vokalnya tidak mampu dinafikan lagi. Selain lagunya yang membuai perasaan, ramai juga peminat wanita minat kerana jatuh cinta dengan kecomelannya.

Ismail Izzani – Sabar

Tak tahu kebetulan atau apa, tapi ramai penyanyi baru sekarang kebanyakannya kecil molek saja orangnya. Kecil-kecil pun tapi suara sedap tahu! Tidak hairanlah dia pernah diberi jolokan Justin Bieber Malaysia. Sama ke tidak?!

Aiman Tino – Permata Cinta

Ku Rela Dibenci menjadi sebutan pada AJL tahun lalu apabila beberapa patah perkataan liriknya terpaksa ditukar untuk disesuaikan dengan keadaan. Namun irama dan maksud lagu itu tidak sedikit pun berubah. Tidak syak lagi, Aiman menduduki tempat teratas di hati peminat muzik Malaysia dengan tontonan muzik video Permata Cinta sudah mencecah 27 juta setakat ini. Powerlah!

Jangan tak tahu, 9 penyanyi ini dan ramai lagi penggiat seni suara tempatan akan berentap dalam Separuh Akhir Muzik-muzik 32 untuk merebut 12 tempat ke Anugerah Juara Lagu 32. Jangan lupa tonton pada 29 Oktober, 5 dan 12 November, jam 10 malam di TV3.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×