berita

‘Ini Salah, Jangan Biar Ahli Keluarga & Orang Luar Ambil Kesempatan’ – TMJ

February 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini video klip di mana seorang kanak-kanak, yang dicium mulut oleh abang angkatnya sendiri telah meraih perhatian netizen. Bahkan, video tersebut juga mendapat kritikan daripada penceramah bebas, Akhi Fairuz yang mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak wajar.

Artikel Berkaitan: ‘Tengok Gaya Macam Dah Sex Grooming’ – Penceramah Bebas Tegur Lelaki Bangga Cium Mulut ‘Adik’

Terbaru, Duli Yang Amat Mulia, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil memberikan respon menerusi Instastory berhubung video tersebut.

Ini adalah salah

Foto: TMJ

Jelas baginda, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku. Baginda juga turut berpesan kepada semua ibu bapa di luar sana untuk lebih berhati-hati dan berwaspada agar kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku.

Ini adalah salah, cukup cukuplah, psiko!

Kepada semua ibu bapa di luar sana tolong ajar anak anda mengenai salah laku seksual terhadap kanak-kanak. Ajar anak perempuan anda, dan pada masa yang sama terhadap anak lelaki anda yang mungkin terlepas pandang mengenai isu ini. Ajar mereka mana yang salah dan betul. Jangan biarkan orang luar atau saudara sendiri mengambil kesempatan terhadap mereka.

Bahkan, baginda turut menggesa supaya ibu bapa ‘membuka mata’ dan mengajar anak-anak mereka mengenai salah laku jenayah seksual yang semakin bertambah saban hari.

Instastory TMJ

Terdahulu, tular beberapa klip video di mana seorang lelaki bertindak mencium mulut adik angkatnya sendiri. Walau bagaimanapun, video tersebut telah meraih kecaman daripada warganet.

Sumber: TMJ

SKIP THIS AD ×