berita

Ini Antara Benda Daring Yang Kita Mungkin Akan Buat Kalau Ada Super Power Venom

September 25th, 2018 | by Epul
Filem Antarabangsa

Watak superhero selalunya karakter diorang mesti baik dan niat nak membantu orang lain kan? Seriously cliche  sangat. Dahlah kehidupan seharian kita pon kadang-kala hambar, takkanlah nak pilih super power pon hambar juga kan?

Tapi cuba korang bayangkan kalau korang ada super power Venom walaupun untuk sehari. Mesti korang akan buat macam-macam perkara yang selama ni korang tak berani pun nak buat. Macam best je.

Banyak-banyak super power kenapa pilih Venom?

Venom ni seperti yang kita tau macam racun yang meresap ke badan. Tapi apa yang menariknya dengan watak ni, dia dapat membangkitkan sisi jahat korang! Tipu sangatlah kalau korang takda sisi jahat kan. Bila dapat super power, why not kita try something new. Tak gitu?

Tak risau kalau kena serang dengan orang berniat jahat

Haa..Venom ni tidaklah sebaik superhero yang lain. Bayangkan korang ada power Venom ni. Bila korang kena serang dengan orang jahat atau yang ada niat jahat, korang mesti takkan tercedera atau disakiti.Paling savage, korang sure takda masalah nak ‘hapuskan’ terus orang jahat tu. Real life confirm korang tak berani buat kan…

Hapuskan orang yang korang benci

Kalau ikut hukum, membunuh tu memang salah. Tapi cuba korang bayangkan kalau orang yang korang nak hapuskan ni merupakan pemimpin yang korup ataupun sejahat-jahat manusia.

Bila korang hapuskan diorang secara tak langsung kesengsaran yang masyarakat terpaksa tanggung dapat dikurangkan.

Lakukan perkara jahat sesuka hati

Kadang-kadang mesti penat kan asyik jadi baik je. Kenapa tak cuba jadi jahat sekali-sekala. Contohnya, langgar lampu isyarat ke, ponteng kerja or buat vandalisme.

Sebelum admin kena kecam lebih teruk.. Admin nak jelaskan, ya perkara ni memang takkan jadi kenyataan pon. Tapi tak salah kan nak berangan yang kita ada super power untuk melakukan macam-macam perkara yang kita takkan buat pun dalam real life.

Kalau nak rasa guilty pleasure buat benda jahat ni, apa kata korang tengok aksi Venom. Tak dapat buat jahat, tengok filemVenom buat jahat pun dah cukup.

Venom, watak anti-hero yang ditunggu-tunggu

 

Haa.. Bagi peminat setia Marvel, korang mesti kenal dengan watak Venom ni kan? Watak ni pernah muncul dalam Spiderman 3. Tapi kali ni Marvel mengangkat Venom sebagai watak utama dia. Hebat kan?

Untuk pengetahuan korang, Venom perlukan satu host untuk dia gunakan sebagai perantara kepada aktiviti jahat yang dia lakukan. Venom dah menguasai Eddie Brock, seorang wartawan yang optimistik. Walaupun Eddie tak rela dengan perbuatan Venom, tapi dia terpaksa juga demi keselamatan dirinya. Ni ibarat ditelan mati mak, ditelan mati bapa.

Kalau korang nak tau apa nasib Eddie Brock, kenalah saksikan sendiri lakonan hebat Tom Hardy sebagai Venom dan Eddie Brock pada 4 Oktober ini di pawagam berdekatan korang. Confirm tak mengecewakanlah!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×