berita

‘Ini Baru Internet, Belum Bekalan Air, Elektrik’ – Abang Veveonah Cabar Ahli Parlimen Kudat

September 8th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral apabila Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan bahawa penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin tidak menjawab peperiksaan sehingga memanjat pokok bagi mendapatkan rangkaian internet. Malah dia turut memaklumkan sudah melakukan siasatan terperinci dan mendakwa bahawa keluarga Veveonah sudah lama tidak tinggal di kampung berkenaan.

Terbaru, abang kepada Veveonah menyelar kembali kenyataan dibuat. Menurutnya, mereka sekeluarga dibesarkan di kampug berkenaan sebelum diusir keluar. Malah dia turut memberitahu keadaan kampung itu yang teruk sejak dari dahulu lagi.

Bukan tujuan minta bantuan

Hai semua. Saya Mekvin Mosibin abang kepada Veveonah Mosibin. Disini saya ingin memberi tahu bahawa video yang adik saya buat itu dan dimuat naik dalam youtube adalah untuk mengongsikan suasana di kampung, kehidupan di kampung, cara anak muda yang susah untuk belajar macam mana dan belajar sesuatu yang benar dan berfaedah. Adik saya dan family saya tidak cakap pun minta segala bantuan la.

Mesti ada pada setiap manusia yang berkenaan. Tidak senang bila orang YB ka Timbalan Menteri ka, atau pengikutnya tengok orang kampung yang dapat kejayaan. Hai YB belum tentu kau boleh lawan rakyat mu kerana kuasamu ada di tangan rakyat. Siapa rakyat? Rakyatlah yang menyokong mu jadi YB atau Timbalan Menteri. Tetapi bila kau dah senang dan kaya raya. Kau dah lupa orang kampung yang masih memerlukan sesuatu.

Abang kepada Vevonah bengang apabila ahli politik dilihat cuba putar belitkan isu. Menurutnya, harga internet di kampung adalah sama harga seperti bandar. Namun apa yang membuatkan dia bengang apabila rangkaian internet tetap perlahan walaupun membayar dengan harga yang mahal. Mengenai video adiknya yang viral, mereka sekeluarga tidak berniat untuk meminta bantuan tetapi hanya sekadar untuk berkongsi kisah hidup sebenar mereka.

Mari datang kampung turun padang

Kalau kau YB, kau turun padanglah. Masuk semua kampung pendalaman dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung. Baru kau tahu, bukan juga kau mau tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat. Kau YB tanggungjawab mu itu terlalu besar. Bukan untuk menang dalam undian saja. Sudah menang kau pilih yang kau suka saja. YB ka atau Timbalan Menteri cuba kau masuk kampung pendalaman. Lai lai lai… mai mai mai. Tapi jangan pilih kampung pula. Mesti seluruh tempat kekuasan mu itu sampai lubang cacing kau datang turun padang.

Coba ambil pengalaman melayar internet di kampung pendalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri. Itu baru Internet belum lagi bekalan air, bekalan elektrik. Yang tua baik duduk kampung la untuk merasakan internet yang slow sebab pemikiran tetap tapi sudah low. Baik tukarlah menyusahkan rakyat saja.

Dalam pada itu, dia turut mencabar menteri itu yang sepatutnya membela nasib mereka untuk turun padang merasai kehidupan mereka. Dia juga mempersoalkan apabila ada menteri-menteri yang ambil sambil lewa masalah ini sehingga isu ini dilihat berat sebelah. Hanya mendengar penerangan dari mulut ke mulut sesama mereka dan akhirnya membawa kepada adiknya difitnah.

Keluarga saya memang dari sini

Yang kau tanya dan ambil penerangan ketua kampung. Mereka suami isteri pengurus bahagian JKKK di Kg. Sapatalang yang mengusir bapa saya. Sedangkan mereka tu bukan orang asal Kg. Sapatalang. Yang bukan asal Kg. Sapatalang pula yang usir bapa saya keluar dari Kampung Sapatalang. Sedangkan bapa saya orang Asal Kg. Sapatalang. Kalau tidak tahu masalah kampung dan suka suka masuk campur. Naaa inilah YB. Nadalan sudah kau jadi YB sampai kau tidak tahu apa-apa. Main rambang saja buat konten.

Turun padang kau YB time hujan rasakan jalan tu masuk simpang Rosob ke Kg. Bilangau Kecil, Bilangau Besar dan ke Kg. Dandun. Jangan pakai kereta. Pakailah motor kapcai ya. Orang kg kan pakai motor kapcai, mana la mampu beli motor mahal ka kereta mahal. Naaa ni mesej penting dari saya ya YB dan rakyat Malaysia yang memahami. Siapa siapa yang dari kampung tu ingatlah kita rakyat. Rakyat adalah kuasa kepada ketuanya. Saya tidak minat politik YB tetapi jangan kotori kebaikan rakyat dan keinginan semua rakyat kampung Malaysia itu dengan politik mu yang tidak boleh dicontohi.

Selain itu, dia juga menjelaskan mengenai isu keluarganya bukan dari kampung tersebut. Menurutnya keluarganya asal disitu sebelum diusir oleh ketua kampung. Dia dan adiknya dilahirkan disitu dan dibesarkan di kampung berkenaan sehingga dia tahu keadaan kampung itu yang mempunyai fasiliti teruk dari semua aspek. Akhir sekali dia sempat memberi nasihat kepada pihak-pihak bertanggungjawab agar menjalankan tugas dengan baik.

Walaubagaimana, Ahli Parlimen Kudat sudah memadam statusnya selepas beberapa jam memuat naik di Facebook miliknya.

Sumber : Mekvin Mosibin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×