Kalau sebelum ini, terdapat ura-ura rumah tangga Tauke Jambu dan isterinya bermasalah apabila dia menulis kapsyen berkaitan tanda-tanda isteri derhaka. Walau bagaimanapun, dia menafikan perkara tersebut.
Artikel Berkaitan : ‘Rata-Rata Sahabat Memandang Serong Pada Gua’ – Tauke Jambu Jawab Dakwaan Masalah Rumah Tangga
Terbaru, menerusi Astro Gempak, isteri kepada pelawak itu, Nadia Mohd Affandi sendiri mengesahkan mereka telah berpisah sejak masuk tahun ini. Menurutnya, dia diceraikan hanya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika berada di kampung.
Sudah berpisah sejak tahun baru ini
Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru. Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga.
Menurut Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga. Walaupun Tauke mencuba untuk berbaik, namun sabarnya sudah hilang kerana ini bukan kali pertama.
Tidak mengaku ada hubungan dengan wanita lain
Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya. Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.
Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut. Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.
Tambahnya lagi, dia sudah dimaklumkan beberapa kali oleh kenalan terdekat suaminya itu bersama wanita lain. Namun Tauke tidak mengaku.
Ada hamba Allah ambil gambar mereka
Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke.
Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke. Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih.
Tambah Nadia, dia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat. Terdahulu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydin hasil perkahwinan mereka pada 9 Disember 2017.
Sumber : Astro Gempak