berita

‘Rata-Rata Sahabat Memandang Serong Pada Gua’ – Tauke Jambu Jawab Dakwaan Masalah Rumah Tangga

December 10th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Gara-gara kongsi kapsyen berkaitan tanda-tanda isteri derhaka, pelawak Tauke Jambu luah rasa kesal apabila ada pihak mendakwa dia mempunyai masalah rumah tangga bersama isterinya, Nadia Affandi. Tindakannya itu telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakan-rakan dan netizen.

Bagaimanapun, Tauke Jambu menerusi laman Instagram rasminya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Info yang baik untuk semua isteri

Salam toq, hari itu saya ada up story mengenai 7 tanda-tanda isteri durhaka. Kesannya, berita itu jadi viral, rata-rata sahabat memandang serong pada gua. Padahal niat kita baik atas dasar memberi info yang berguna untuk para-para isteri.

Begitulah cara kita berfikir, kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya, kalau negatif, negatif la pemikiran kita. Gua da biasa di keji dan di maki tapi sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran.

Semoga tali ikatan perkahwinan kita semua berkekalan. Selamat ulang tahun perkahwinan…

Menerusi entri di Instagram, Tauke menjelaskan perkongsian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk memberi info kepada orang ramai dan bukan ditujukan pada isterinya. Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.

Dalam pada itu, Tauke memberi ucapan sempena hari ulang tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Nadia.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×