berita

Ini Bukan Pengakhiran, Najib Razak Akan Bersihkan Nama

July 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan menyelewengkan wang RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Artikel berkaitan: Najib Didapati Bersalah Di Atas 7 Pertuduhan

Menerusi laporan Harian Metro, Najib Razak ingin membersihkan namanya semula. Beliau turut menyebut mengenai pencapaiannya ketika menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun dan mengulangi sumpah bahawa beliau tidak meminta, ditawarkan atau dalam pengetahuannya mengenai wang tersebut.

Sanggup melafazkan sumpah

Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Najib Razak, beliau tidak pernah meminta, ditawarkan mahupun mengetahui mengenai wang tersebut. Tambah beliau, lafaz sumpah mampu dilakukan kerana pengakuan yang diberikan adalah benar.

Saya ingin teruskan membersihkan nama saya. Oleh kerana kes ini dalam proses lanjutan di peringkat rayuan, saya tidak boleh cakap lebih lagi, tapi peguam saya Tan Sri Shafie peguam saya boleh menyatakan satu dua perkara.

Bekas Perdana Menteri itu turut berkata, kes tersebut akan dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan akan diadili oleh tiga hakim seperti mana sistem kehakiman negara dan dapat memberi hujah yang boleh diterima.

Ini bukan pengakhiran

Mengulas mengenai keputusan pihak mahkamah, beliau memberitahu ia tidak akan memberikan apa-apa kesan ketika pilihan raya umum kelak. Di samping itu, semuanya bergantung kepada interpretasi undang-undang. Jelas beliau lagi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan diputuskan.

Ni bukanlah pengakhiran kerana kita dalam proses rayuan. Saya harap pengikut saya terus bersama saya dengan semangat yang tinggi. Saya beritahu hakim bahawa saya akan kemukakan rayuan dalam tempoh tiga bulan untuk peringkat permulaan, selepas itu rayuan kedua dalam tempoh empat bulan selepas itu.

Menurut Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazal, syarat dan wang jaminan juga bakal ditambah. Manakala, Muhammad Shafie meluahkan rasa kecewa dengan keputusan itu, namun tidak mahu memberikan tekanan dan akan melakukan yang terbaik dalam proses rayuan. Sebagai hakim, mereka didakwa percaya kes berkenaan kuat dan mempunyai peluang yang cerah semasa proses rayuan berlangsung kelak.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×