Adakah anda tahu bahawa brownies sebenarnya kek bantat? Resepi brownies terjadi apabila seorang pembuat kek terlupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunannya dan menyebabkan kek tersebut bantat.
Namun, walaupun ia bantat tidak semua orang buat brownies ini menjadi, kalau tersilap kek anda boleh jadi lembik dan tak sedap. Jadi, kami kongsikan cara nak buat brownies yang kedutnya perfect!
Bahan-bahan
- 400 gram coklat masakan. (guna dark berryl’s)
- 150 gram buttercup block.
- 100 gram tepung naik sendiri. (Bluekey)
- 100 gram gula perang atau gula castor.
- 1 sudu kecil esen vanila.
- 4 biji telur gred A.
Cara-cara
1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Kemudian, gaul rata dan biarkan sejuk. Tips untuk dapatkan kedut. (A)
2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. Pukul sederhana hingga sebati sahaja. (B)
3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)
4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A) dan (B). Gaul rata.
5. Alas acuan 10’x10? dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.
7. Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.
8. Biarkan brownies sejuk terlebih dahulu barulah dipotong.
Sumber: Resepi Makanan Malaysia