berita

Rindu Nak Makan Ayam Gunting Crispy Ala Uncle Bob? Ini Resepinya!

April 30th, 2020 | by Shahira
MyResipi

Ayam gunting yang digoreng rangup dan ditabur pula dengan serbuk perisa sememangnya mampu membangkitkan selera orang ramai terutamanya bagi mereka yang gemarkan makanan pedas.

Untuk pengetahuan anda, hidangan ayam gunting ini sangat mudah disediakan. Jom kita tengok resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Nur Balqis.

Bahan-bahan

1. Isi ayam potong nipis-nipis
2. 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
3. 1 1/2 cawan serbuk roti
4. Telur

Cara-cara

1. Campurkan tepung dengan serbuk roti
2. Masukkan kepingan ayam dan gaul sekata
3. Celup dalam telur
4. Kemudian, masukkan kembali dalam tepung tadi dan goreng (buat sekeping-sekeping ye, jangan masukkan semua ayam tu dalam tepung)
5. Angkat ayam dan toskan, kemudian gunting

Bahan untuk serbuk ayam gunting

1. 1 kiub ayam
2. 2 sb serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah serbuk cili)
3. Twisties separauh sahaja, guna dari 1 pax tu
4. 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
5. 1 sudu besar gula

Akhir sekali, kisar semua bahan di atas untuk dijadikan serbuk dan boleh taburkan pada ayam gunting tadi.

Sedia untuk dimakan!

Sumber: Nur Balqis

SKIP THIS AD ×