berita

‘Ini Cara Tuhan Tunjukkan Sesuatu Kepada Saya’ – Dua Bulan Dipenjara, Farid Kamil Khatam Al-Quran

February 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui pelakon, Farid Kamil sebelum ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Di samping itu, dia turut positif dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, Farid Kamil mengaku bahawa dia banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti kerohanian sejak belakangan ini. Malah, dia turut mendekatkan diri kepada Allah dan khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah!

Melakukan perkara yang jarang dibuat

Bercerita mengenai keadaan sewaktu berada di penjara, Farid memberitahu ia merupakan satu pengalaman yang sukar. Tambahnya, situasi berada dalam tahanan tidak sama seperti apa yang dibayangi olehnya.

Pada hari pertama dan kedua dalam tahanan, saya membayangkan situasi sama seperti yang saya lihat dalam filem Hollywood. Namun, realitinya berbeza. Berada di dalam penjara adalah satu pengalaman yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Saya belajar menilai diri sendiri. Lebih membuatkan saya terharu adalah cara orang di sana menerima kehadiran saya.

Saya juga melakukan perkara yang jarang saya buat ketika di luar iaitu bangun tengah malam untuk menunaikan solat Tahajud. Saya juga mengaji al-Quran hingga khatam dalam tempoh sebulan. Saya tak rasa apabila kita berada di luar dunia luar, kita mampu melakukan perkara seperti itu.

Memberi sokongan tidak berbelah bahagi

Meskipun tragedi tersebut memberi kesan kepada jiwa Farid, dia mengambilnya dari sudut yang positif. Mungkin Allah hendak memberikan sesuatu yang lebih baik selepas ini.

Saya mengaku hukuman dilalui menerbitkan sedih, terkilan dan rasa ‘terbang’ jauh. Namun, saya mengaku ini adalah cara Tuhan menunjukkan sesuatu kepada saya. Saya kena lalui detik mencemaskan sebelum Tuhan memberikan sesuatu yang lebih baik. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Berhubung kontroversi rumah tangga bersama isteri, Farid memberitahu sejak berkenalan dan mendirikan rumah tangga dengan Dianna Danielle, isterinya itu sering memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi meskipun ada beberapa pihak menjauhkan diri daripadanya.

Perkara itu tidak benar sama sekali. Sejak kami berkenalan, mendirikan rumah tangga dan ditimpa malapetaka ini, Diana dan anak-anak memberi sokongan tidak berbelah-bahagi. Mereka adalah sumber kekuatan. Saya tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan ini atas apa yang Diana sudah buat untuk saya.

Saya mengaku tindakan mereka itu. Saya tidak mahu ada aura negatif dalam hidup saya. Kepada yang masih bersama saya dan yang baru menjadi kawan, saya sangat menghargainya. Sekurang-kurangnya, saya boleh menilai mana putih dan hitam yang mengelilingi hidup saya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×