berita

“Ini Cuma Masalah Komunikasi” – Yuna Respon Isu Peminat Kecewa

November 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Mencipta nama di peringkat antarabangsa bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun setelah berjaya, bukan mudah pula untuk mengekalkan tahap agar sentiasa disanjung dan diminati ramai.

Itulah perkara yang berlaku kepada penyanyi, Yunalis Zarai, apabila dia kini dikatakan tidak menepati tahap kepuasan peminat. Sebuah blog hiburan baru-baru ini telah menyiarkan e-mail yang dihantar oleh seorang peminat Yuna yang tidak berpuas hati dengan mutu konsertnya ketika dianjurkan pada 10 November lepas di Penang Times Square, Pulau Pinang.

Konsert yang sepatutnya adalah konsert ‘comeback’ buat Yuna di Malaysia ini telah dkritik oleh segelintir peminat. Malah, pengadu tersebut turut memberitahu bahawa pihak penganjur tidak membenarkan pengunjung masuk ke ruang konsert setengah jam lebih awal walaupun ketika itu hujan lebat. Tidak cukup disitu, peminat terpaksa menunggu lebih 2 jam sebelum persembahan pembukaan diikuti persembahan Yuna yang bermula pada jam 9.30 malam. Apa yang lebih mengejutkan, mutu persembahan Yuna dikatakan tidak memuaskan dan sangat mengecewakan.

Petang semalam (22 November), OHBULAN! berjaya mendapatkan respon dari Yuna ketika menemuinya di majlis pelancaran “Samsung Galaxy Wonderland” di Renoma Cafe Gallery, Bukit Bintang.

Ditanya adakah respon negatif dari peminat akan mengganggu perjalanan kariernya, Yuna menjawab, “Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Bagi saya, jika saya adalah peminat, saya akan tulis secara terus kepada penganjur. Apa pun, saya fokus pada kesan positif dan ucapkan terima kasih.”

Yuna juga menganggap ini cuma masalah komunikasi diantara peminat dan penganjur serta memberitahu bahawa persembahannya di “Yuna Homecoming Concert” adalah antara yang terbaik baginya, berlainan dari apa yang digembar-gemburkan.

“Saya rasa konsert di Penang itu adalah ‘one of my best show’, sistem bunyi semua bagus. Peminat yang datang pun kelihatan gembira. Mungkin hanya seorang dua peminat yang tidak berpuas hati,” jelas Yuna lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Yuna bakal muncul dengan projek baru bersama Samsung, “Galaxy Wonderland”.

SKIP THIS AD ×