berita

‘Ini Dinamakan Setan Bertopengkan Manusia’ – Berlakon Solat, Sujud Sebelum Mencuri Bag

December 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pencuri zaman sekarang semakin berleluasa melakukan kegiatan terkutuk sehinggakan mereka mencuri tidak kira di mana pun berada. Ingin mendapat keuntungan dengan mudah dan pantas, sesetengah pencuri berani mencuri di siang hari di kawasan yang terbuka.

Menerusi Facebook Hamada Al Ishmel, berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah Surau Dagang Avenue Ampang yang memaparkan kegiatan mencuri dilakukan seorang lelaki. Sebelum melarikan diri dengan mencuri segalas beg kepunyaan seorang pekerja Grab Food, suspek dilihat berpura-pura menunaikan solat bersama jemaah lain.

Mencuri semasa jemaah sedang sujud

https://www.facebook.com/warriorz77736310/videos/pcb.819873441774953/571859063649853/?type=3&theater&ifg=1

Menurut sumber, beg galas tersebut mengandungi seluar, telefon bimbit, dompet dan kunci motor milik mangsa. Beg tersebut diletakkan di tiang surau tersebut semasa jemaah sedang menunaikan solat waktu magrib. Wajah suspek yang jelas kelihatan menunjukkan suspek cukup sifat dan mempunyai wajah yang tampan.

Muka hensem tapi hati kotor

Rata-rata netizen menyelar perbuatan suspek yang mempunyai cukup sifat tetapi memilih kegiatan mencuri sebagai jalan yang mudah. Zaman sekarang wajah tampan bukan menjamin seseorang itu tidak melakukan jenayah.

Sumber: Hamada Al Ishmel

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×