berita

‘Ini Hari Terakhir Aku Ke’ – Sesak Nafas, Batuk & Cirit-Birit, Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid-19

May 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Instagram Sweet Qismina

Di Instagram, pelakon kecil molek iaitu Sweet Qismina telah menceritakan kembali pengalamannya sebagai pesakit Covid-19.

Artikel Berkaitan: Tiga Hari Sukar Bernafas, Sweet Qismina Positif COVID-19

Sweet mengakui dirinya berdepan dengan kesakitan yang teramat sangat selepas dijangkiti wabak tersebut.

Pengalaman pesakit Covid-19

Foto: IG Live Sweet Qismina

Menurut Sweet, sebelum disahkan positif Covid-19, dia mengalami demam selama 3 hari ketika sedang menjalankan penggambaran di Kuala Kangsar, Perak. Pada awalnya dia menyangka, itu hanyalah demam biasa disebabkan cuaca yang tidak menentu pada ketika itu.

So bila demam, nasib baik bila Sweet balik resort, Sweet terus duduk dekat dalam bilik sebab Sweet ada break dalam tiga hari. Sweet tak pergi set, tak masuk set langsung.

Ternyata, tanggapannya salah selepas keadaan kesihatannya semakin teruk sehingga mengalami kesukaran bernafas. Menurut Sweet, dia juga mengalami batuk yang teruk dan cirit-birit.

After tiga hari tu, tiba-tiba Sweet ada dalam satu tahap yang Sweet rasa macam ini hari terakhir aku ke? Masuk hari kedua tu, saya start batuk teruk dan susah nak bernafas. Dan masuk hari ketiga, saya buang cirit-birit and then saya rasa nak muntah tapi tak boleh nak muntah. Batuk pun rasa susah sangat-sangat.

Ibu banyak beri kata semangat

Foto: Instagram Sweet Qismina

Pada hari keempat, dia dan ibunya pergi ke hospital untuk membuat swab test dan pada hari yang sama dia telah menerima panggilan daripada kakitangan perubatan memaklumkan dirinya dan ibu positif Covid-19.

Mula-mula kita rasa happy tau and rasa macam it’s just Covid-19 tak ada masalah pun but then tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan yang rasa macam kita dah mengacau the whole set team. Saya tak nak menjadi pun dan menyusahkan sesiapa kalau kena penyakit.

Meskipun begitu, dia bersyukur kerana ibunya sentiasa berada disisi dan memberikan kata-kata semangat buatnya. Dalam kesempatan itu, pelakon ini sempat menasihati dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang wabak Covid-19.

Terdahulu, iaitu pada 21 April Sweet Qismina menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu disahkan positif Covid-19 dan pada 29 April dia memaklumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini disahkan bebas Covid-19.

IG Live Sweet


Sumber: Sweet Qismina

SKIP THIS AD ×