Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim akhirnya tampil buka mulut tentang keputusan bernikah secara senyap dengan jejaka berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam pada Disember lalu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Aslam & Marissa Beraya Dengan Norman, Abby Abadi
Artikel berkaitan: ‘Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Foto Ini, Mungkin Marissa Rindu’ – Misya
Pilih jalan hidup berpoligami
Memetik laporan Harian Metro, Marissa terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa lama untuk menjelaskan tentang pernikahannya dengan Aslam.
Menurutnya, dia memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.
Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar.
Disoal mengenai hubungan Aslam dengan ahli keluarga, Marissa bersyukur mereka dapat memaafkan dan menerima kehadiran suaminya.
Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu.
Dalam pada itu, Marissa enggan memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam telah mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Sumber: Harian Metro