Perjuangan Datuk Fazley Yaakob berakhir pada konsert keempat Gegar Vaganza lapan (GV8) selepas menjadi peserta kedua tersingkir.
Artikel Berkaitan: ‘Happy’ Dapat Perhatian Di Pentas GV8, Fazley Yaakob Tak Terasa Hati Netizen Doa Tersingkir Awal – ‘Hak Mereka Untuk Menilai’
Menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal penyanyi Datuk Hattan, Fazley hanya menerima 50% markah daripada juri tetap iaitu Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Datuk Seri Shah Reza.
Artikel Berkaitan: ‘Suara Dia Level Nyanyi Kat Karaoke!’ – Fazley Yaakob Curi Masa Baca Komen Netizen, Akan Berusaha Perbaiki Vokal
Tempat saya di studio rakaman
View this post on Instagram
Kelihatan sangat tenang, Fazley, 43, menyatakan ini adalah kali terakhir dia bertanding di pentas besar kerana sedar tempat realiti yang sepatutnya dia berdiri adalah di studio rakaman.
Saya tau pentas GV ini bukan pentas saya. Kerana apabila saya tengok latar belakang peserta yang masuk, saya rasa mereka terlampau tinggi berbanding dengan apa yang saya tampilkan. Walaupun saya buat lebih baik, yang lain akan tinggal ‘jauh’ setiap minggu.
Tempat saya di studio rakaman bukan di pentas. Saya tetap akan menghasilkan single dan album, saya tetap akan buat showcase insya-Allah ramai yang minta saya nyanyi sambil masak.
Untuk bertanding dalam nyanyian, saya rasa ini adalah terakhir. Saya buat untuk anak saya. Saya dapat bertahan hingga minggu keempat ini adalah satu pencapaian.
Fazley berkata demikian semasa ditemui di program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Jangan berhenti mengkritik
Dalam pada itu, pelantun lagu Asmara Ini menarik nafas lega apabila termakbul doa netizen yang selama ini menginginkan dia terkeluar.
Kata pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob, dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam dengan setiap kritikan yang dilontarkan malah memilih untuk memaafkan setiap seorang.
Doa kalian dimakbulkan. Tetapi apa yang korang tak tahu, saya pun sangat lega sebab tak perlu bertanding lagi. Pada saya ini bukan dunia saya. Dunia saya di dapur tetapi saya tetap sokong kawan-kawan saya.
Apapun kepada netizen yang suka mengkritik, saya bersikap terbuka. Teruskan mengomen, itu adalah dunia anda untuk melegakan rasa marah dan kekecewaan. Jangan berhenti mengkritik.
Setiap seorang saya maafkan.. tak ada dendam langsung. Itu hak mereka untuk katakan apa sahaja, dunia sekarang dunia teknologi. Kalau nak luahkan perasaan, itu tempat terbaik.
Sumber: Instagram @fazleyyaakob, @astrogempak