berita

‘Ini Kemunduran Untuk Kaum Wanita’ – Amber Heard Anggap Kekalahan Kes Saman ‘Tutup Mulut’ Wanita Teraniaya

June 2nd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp, dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard, pagi tadi.

Susulan itu, Amber melahirkan rasa kecewa selepas gagal memfailkan tuntutan saman berjumlah AS$100 juta (RM437.8 juta) itu, dan menganggap bahawa kekalahan itu satu kekalahan buat kaum wanita yang teraniaya.

Artikel Berkaitan: Kemenangan Johnny Depp Wakili Semua Lelaki Di Dunia

‘Gagal tandingi pengaruh bekas suami saya’

Menerusi satu ciapan di akaun Twitter milik Amber Heard pagi tadi, pelakon filem Aquaman itu menzahirkan rasa kecewa terhadap kekalahannya di mahkamah, dan menurutnya, kekecewaan yang dia rasai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Kekecewaan yang sama alami hari ini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh, saya masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang serta pengaruh daripada bekas suami saya.

Saya lebih kecewa dengan apakah makna kekalahan ini kepada wanita lain di luar sana. Ianya satu kemunduran. Ianya satu kemunduran kembali kepada waktu di mana wanita yang lantang bersuara dimalukan secara umum.

Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum.

Dalam pada itu, Amber juga percaya bahawa pihak peguam bela bekas suaminya berjaya menyebabkan barisan hakim terlepas pandang konsep kebebasan bersuara, seterusnya menghiraukan bukti kukuh yang menjadi punca kemenangan mereka di United Kingdom.

Saya kecewa sebab kalah kes ini, tetapi lebih menyedihkan, saya kehilangan hak sebagai rakyat Amerika iaitu hak untuk bersuara secara bebas.

Amber menghantar ciapan tersebut pada pukul 3.36 pagi waktu Malaysia dan telah mendapat lebih 200,000 ciapan semula selain lebih 120,000 tanda suka.

Sumber: Twitter Amber Heard

SKIP THIS AD ×