Satu video dokumentari dari media Al Jazeera yang cuba memburukkan kerajaan Malaysia turut mendapat perhatian Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sidang media petang ini. Menurutnya, laporan tersebut dilihat cuba memburukkan Malaysia memandangkan segala laporan diberikan adalah tidak benar.
Malah Menteri Kanan Pertahanan tersebut turut mencabar media Aljazeera untuk berikan mana-mana negara yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing.
Laporan tak berniat baik
Saya lihat tuduhan terhadap Malaysia ini tidak wajar seolah-olah berniat tidak kepada negara kita. Mengelirukan tanpa fakta yang jelas. Menuduh secara membuta tuli.
Tuduhan mengatakan kita mengurung secara tidak adil kepada PARTI tersebut adalah tidak benar. Bukan untuk warga asing sahaja, tapi rakyat Malaysia di kawasan PKPD juga kita membuat kawalan bagi memastikan mereka tidak keluar untuk keselamatan mereka.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini, kerajaan mengenakan SOP ini kepada sesiapa sahaja yang di dalam kawasan PKPD termasuk rakyat Malaysia sendiri.
Tambah beliau lagi, pihak imigresen menangkap mereka hanya berdasarkan undang-undang di bawah akta imigresen untuk menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah di dalam negara kita.
Saya cabar Aljazeera
Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.
Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada.
Akhiri ucapan tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar media antarabangsa menghentikan laporan tidak beretika tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.
Sumber : Buletin TV3