berita

Ini Perkara Menarik Yang Korang Bakal Alami Sepanjang Acara MotoGP..Wah Mesti Pergi Ni!

October 22nd, 2016 | by Mastura
Kini Trending

961e2523-d1cf-485f-bc23-829da8df8796

Kemeriahan MotoGP kini kembali untuk tahun 2016!!! Kalau korang nak tengok dunia sukan permotoran ni, apa kata korang baca antara yang menarik yang akan disajikan untuk korang nanti.

Kami dengar ada banyak benda yang korang boleh menangi dan ada juga yang PERCUMA!.. Apa tunggu lagi meh baca sini..

Boleh usha pelumba-pelumba yang ‘segak’

screen-shot-2016-10-21-at-5-30-56-pm

Ha siapa yang follow MotoGP sebelum ni, nama-nama seperti Valentino Rossi, Scott Redding, Marc Marquez dan ramai lagi, sememangnya tidak asing lagi. Mereka bakal beraksi di litar perlumbaan dengan penuh bergaya tau.

Kalau datang dengan teman wanita, make sure korang jaga tau takut nanti diorang melting dekat salah seorang pelumba dah korang yang melepas.

P/S: Kalau dapat berselfie pun okay gak ni

Cucian istimewa untuk motosikal korang

ezgif-com-optimize-1
Selain korang boleh menyaksikan perlumbaan MotoGP, antara aktiviti yang sememangnya menarik adalah mandikan motor korang tu dengan mandian yang istimewa iaitu special steam bike wash.

Lama juga ‘pasangan’ korang tu yang tak mandi kot, alang-alang tu kasi mandi yang special sikit la. Tapi sebelum tu ada syaratnya…

Tukar minyak Enjin secara PERCUMA!

shell-giphy

Ha! Seterusnya, kalau korang langgan mana-mana pack 1 liter produk Shell Advance seperti Shell Advance AX3, Shell Advance AX5, Shell Advance AX7 dan Shell Advance Ultra di pintu masuk Sepang International Circuit nanti, korang layak untuk membuat tukaran minyak enjin secara PERCUMA.

P/S : Promosi ni hanya untuk mereka yang memiliki motosikal berenjin tidak melebihi 250cc, tapi ada sesuatu yang menarik untuk korang yang mempunyai motosikal melebihi 250cc.

Ada lagi tau…

Menang barangan cenderamata exclusive daripada Shell Advance

image011

Selain dapat tukar minyak enjin secara percuma, korang juga boleh membawa pulang hadiah-hadiah cenderamata menarik daripada Shell Advance yang sangat ekslusif tau, juga banyak juga aktiviti menarik yang disediakan khas untuk korang yang hadir.

Antaranya:

  • Wheel of Fortune ( dengan pembelian mana-mana produk Shell Advance, korang berpeluang untuk menang Dry Bike Wash secara Percuma)
  • Teka dan Menang sepasang kacamata di kaunter booth Oakley
  • Minuman percuma juga disediakan di booth
  • Booth DIY yang menyediakan perkhidmatan membersihkan Visor Helmet.
  • Photo Booth
  • Penukaran minyak enjin untuk motosikal bawah 250cc
  • Juga tapak jualan makanan yang sedap-sedap

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kehangatan MotoGP 2016 ni yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2016 di Sepang International Circuit. Selama dua hari ni juga korang boleh alami sendiri aktiviti juga kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur. Jom datang beramai-ramai!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×