berita

Ini Sebab Khairulaming Hentikan Jualan ‘Sambal Nyet’ Secara Mengejut, Ramai ‘Frust’!

January 20th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Sambal Nyet yang dilancarkan Khairulaming 2 minggu lalu laris di pasaran sehinggakan beliau terpaksa menukar strategi pemasaran. Malah, ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup menjual sambal itu dengan harga jauh lebih mahal.

Artikel Berkaitan: Berkat Kongsi Ilmu Selama 4 Tahun, 10K Botol Sambal Nyet Khairulaming Habis Dijual Dalam Masa Sejam!

Artikel Berkaitan : Gadis Ambil Kesempatan Mengaku ‘Agen’ Sambal Nyet Khairulaming, Kaut Untung Ribuan Ringgit

Terbaru, selebriti media sosial itu membuat keputusan untuk menghentikan jualan sementara atas sebab sebab tertentu. Menurutnya, dia terpaksa menyusun kembali strategi memandangkan terdapat beberapa masalah dihadapi.

Terpaksa hentikan jualan

Dalam masa 30 saat, produk keluarannya berjaya dijual sebanyak 800 botol.Walaupun dilihat bagus, namun bagi Khairulaming ianya bukan sesuatu yang sihat untuk pihak mereka dan pelanggan kerana terpaksa berebut di hadapan skrin telefon untuk menunggu.

Akan keluarkan lebih banyak stok

Tambah Khairulaming lagi, dia perlu meneliti semula strategi pemasarannya memandangkan ianya boleh memberi kesan kepada pelanggannya yang akan kecewa menunggu. Lebih-lebih lagi jika produk itu tidak sempat dibeli. Perkara ini akan membuatkan semua orang cemas untuk mendapatkan Sambal Nyet.

I’m so sorry that you had to go through this tiring process. Aku pun baru berniaga 2 minggu and banyak lagi benda aku nk kena improve. I’m already in talk with shopee HQ on how to handle resellers yg claim ada sambal beratus botol (because they dont).

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu bahawa kekangan tenaga pekera, masa dan pembekal di musim pandemik ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Akan menyusun semula strategi

Khairulaming mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong beliau membeli Sambal Nyet dan berharap semua orang bersabar menunggu untuk beliau mengaturkan strategi baru demi kebaikan semua.

Sumber : Khairulaming

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×