berita

‘Ini Usaha Menjahamkan Saya’ – Kesal Dituduh Jadi ‘Bapa Ayam’, Tauke Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

August 4th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Semalam, kecoh di media sosial berhubung isu seorang pelawak terkenal berusia dalam lingkungan 40-an telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.

Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam

Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia

Meskipun tidak tahu siapakah ‘dalang’ di sebalik kes jenayah itu namun kebanyakan netizen menyangka bahawa individu tersebut adalah Tauke. Tauke bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut.

‘Ini usaha untuk menjahamkan saya’

Menerusi laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, Tauke akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menuduh dan cuba menyebarkan fitnah berkaitan dirinya. Malah, pelawak yang berusia 45 tahun ini tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja mengaitkan namanya dalam kegiatan pemerdagangan manusia kerana mahu menjatuhkan imejnya.

Perkara ini memang tidak ada kaitan dengan saya. Jangan buat tuduhan atau keluarkan komen jika tidak pasti tentang kesahihan sesuatu perkara.

Setakat ini tiada bukti mengaitkan saya dengan isu ini. Sekarang, keselamatan saya diancam dan kerana itu saya akan membawa perkara ini ke mahkamah. Saya kena bersihkan nama saya.

Tegas Tauke, setakat ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan dia terlibat dalam kegiatan tersebut. Tauke mengakui tuduhan yang dilemparkan ini secara tidak langsung mengancam keselamatan dirinya.

Orang yang berniat jahat boleh menggunakan maklumat peribadi saya seperti nombor telefon dan kad pengenalan untuk melakukan penipuan. Ini usaha untuk menjahanamkan saya.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×