Bapa merupakan ketua bagi setiap ahli keluarga. Penat lelah bapa mencari rezeki untuk menyara keluarga mungkin tidak dapat dibalas oleh anak-anak.
Oleh hal yang sedemikian, pengguna Twitter Amsyarnaif telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit Iphone 11 untuk bapanya yang tersayang. Reaksi wajah bapanya semasa menerima telefon bimbit telah menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji Amsyar kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan bapanya.
unboxing by ayoh.
btw qilla & uyah tu adik aku yang last ? pic.twitter.com/cHe2xFQBQl
— Mecha (@Amsyarnaif) November 26, 2019
Video rakaman semasa dia membuat kejutan itu telah membuat bapanya begitu teruja dan tidak putus tersenyum gembira. Sebagai seorang anak Amsyar begitu teruja dapat melihat senyuman dari bapanya atas balasan pengorbanan bapanya yang tidak terhingga.
Utamakan ibu ayah, bukan bagi dekat gf
Rata-rata netizen terharu melihat perkongsian daripada Amsyar. Komen-komen positif dan juga ada yang berkongsi kisah yang sama turut menarik perhatian. Bagi netizen, ibu bapa perlu diutamakan kerana mereka adalah segala-galanya.
Feeling lain bila tengok mereka tersenyum
Sumber: Amsyarnaif