berita

Insiden Letupan Di Beirut, 16 Kakitangan Pelabuhan Ditahan

August 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lebih 135 orang dianggarkan terkorban dan lebih 4,000 orang cedera ekoran insiden letupan di pelabuhan Beirut, Lubnan dua hari yang lalu.

Artikel berkaitan: ‘Mereka Bunuh Impian Kita, Masa Depan Kita’ – Lebih 135 Nyawa Terkorban, Rakyat Tunjuk Rasa Marah

Terbaru, 16 kakitangan di pelabuhan Beirut, ditahan berhubung letupan maut yang menghancurkan sebahagian besar bandar itu.

18 disoal siasat

Menerusi laporan Independent, pihak berkuasa Lubnan mengumumkan letupan pada hari Selasa itu berpunca daripada nyalaan api yang membakar 2,750 tan gas ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang di pelabuhan berkenaan.

Menurut Menteri Luar Lubnan, jawatankuasa penyiasatan diberikan empat hari untuk menahan mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan terbabit. Manakala Pendakwa Raya Tentera, Fadi Akiki memberitahu seramai 18 kakitangan Pelabuhan Beirut dipanggil untuk disoal siasat dengan 16 daripadanya ditahan sementara bagi menunggu siasatan lanjut. Pegawai pelabuhan, kastam, pekerja penyelenggaraan serta pengurus antara yang ditahan setakat ini.

Pembekuan aset tujuh orang pegawai

Di samping itu, aset tujuh pegawai pelabuhan dan kastam termasuk Ketua Pengarah Kastam Lebanon, Badri Daher telah dibekukan oleh bank pusat. Sementara itu, seorang sumber daripada pihak bank telah mengesahkan semua bank perdagangan di negara itu menerima arahan untuk menarik semula kerahsiaan perbankan daripada akaun dimiliki atau mereka yang terbabit dengan soal siasat itu.

Sumber: Independent

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×