berita

‘Mereka Bunuh Impian Kita, Masa Depan Kita’ – Lebih 135 Nyawa Terkorban, Rakyat Tunjuk Rasa Marah

August 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, lebih 135 orang dianggarkan terkorban dan lebih 4,000 orang cedera ekoran insiden letupan di pelabuhan Beirut, Lubnan semalam.

Artikel berkaitan: Digunakan Sebagai Baja, Apa Itu Ammonium Nitrat Sehingga Korbankan Lebih 100 Nyawa Di Beirut?

Terbaru, menerusi laporan BBC News, 135 orang dianggarkan terbunuh dan ribuan orang mengalami kecederaan. Pada masa yang sama, beberapa mangsa sempat berkongsi kecederaan yang dialami serta detik cemas yang melanda diri mereka.

Rakyat marah

Menurut seorang doktor, kepalanya sendiri mengalami kecederaan dan dibalut sama seperti pesakitnya. Tambahnya, tempat kejadian tersebut diggambarkan seperti ‘Armageddon’.

Orang yang mengalami luka dan berdarah merata-rata di tengah jalan, yang lain terbaring di atas tanah di halaman hospital.

Letupan yang berlaku itu juga diibaratkan seperti gempa bumi dan masih ramai mangsa yang hilang. Ribuan orang miskin terpaksa dimasukkan ke hospital-hospital yang sesak bagi mendapatkan rawatan. Ujarnya lagi, ketika sukarelawan sedang melakukan usaha pembersihan, masyarakat mula tunjuk perasaan dan mempersoalkan bagaimana bahan tersebut dibakar dan disimpan di sebelah kawasan yang padat selama sekurang-kurangnya enam tahun.

Mayat bertaburan

Susulan daripada itu, kerajaan berikrar untuk menyiasat dan kabinet pula mendesak tentera supaya menempatkan mereka yang bertanggungjawab menyimpan bahan terbabit di bawah tahanan rumah. Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Lina Daoud pula, daerah Mar Mikhail yang didiaminya itu hancur dan mayat mangsa letupan berada dalam keadaan bertaburan di jalan. Dia juga mengecam ahli politik negara itu sebagai ‘musuh negara’.

Mereka membunuh impian kita, masa depan kita. Lubnan adalah syurga, mereka menjadikannya neraka.

Menurut Datuk Bandar Abboud, kemusnahan itu telah menyebabkan 300 ribu orang kehilangan tempat tinggal dan ekonomi negara tersebut mengalami kerugian sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion).

Sumber: Berita Harian & BBC News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×