Malam tadi satu dunia seolah-olah terpana dek tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah terhempas di Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia.
Hingga sekarang insiden tersebut masih lagi mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Malah, sebagai tanda menghormati simpati terhadap tragedi tersebut, ramai selebriti tampil memberikan ucapan takziah melalui laman sosial.
Artikel Berkaitan : Breaking News: Pesawat MH17 Disahkan Terhempas, Selebriti Luah Rasa Sedih & Terkejut
Namun, perasaan hiba lebih dirasai oleh Iqram Dinzly apabila dikhabarkan datuk saudaranya antara 15 anak kapal yang bertugas dalam pesawat malang itu.
Melalui laman sosial Instagram miliknya, Iqram telah memuat naik sekeping foto yang jelas menunjukkan senarai nama krew pesawat MH17.
Melalui kapsyen yang ditulis pula, Iqram mengesahkah bahawa kapten pesawat MH17 yang bernama Wan Amran Wan Hussin adalah datuk saudaranya.
Bagaimanapun, menerusi laman Twitter, Iqram dengan tabah berkata dia redha dengan ketentuan Allah dan menganggap insiden itu rezeki buat Kapten Amran kerana ‘pergi’ pada 10 malam terakhir dibulan Ramadhan.
OHBULAN! difahamkan datuk saudaranya itu berusia 50 tahun dan mula berkhidmat dengan MAS sejak tahun 1999 lagi.
Apapun, takziah kami ucapkan kepada Iqram Dinzly dan semoga semua keluarga mangsa yang terlibat secara langsung atau tidak dapat mengaharungi dugaan ini dengan tabah.