berita

Instafamous Indonesia Ditikam Kekasih Selepas Minta ‘Putus’, CCTV Rakam Detik Cemas Mangsa Lari Sebelum..

March 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Makassar, Indonesia, seorang selebriti media sosial maut selepas ditikam oleh kekasihnya di sebuah hotel di Wisma Topaz Panakkukang Makassar pada Jumaat lalu. Memetik laporan Tribunnews, selebriti media sosial iaitu Ari Pratama yang mempunyai 16 ribu pengikut di laman Instagram itu ditikam Aisyah Alfika selepas mengetahui teman lelakinya berniat untuk memutuskan hubungan mereka. Walaupun Aisyah menipu dengan memberitahu dirinya hamil.

Sudah melakukan hubungan intim

Kredit foto: Tribun News

Menurut sumber, kedua-dua individu tersebut telah melakukan beberapa kali hubungan intim seperti suami isteri sebelum ini. Insiden ini tercetus apabila suspek berang mangsa berniat untuk memutuskan hubungan percintaan mereka. Suspek berpura-pura dengan memberitahu dirinya hamil supaya mangsa tidak memutuskan hubungan itu.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Panakkuang iaitu Iptu Iqbal Usman melaporkan suspek tidak berpuas hati dan merasakan kekasihnya itu tidak bertanggungjawab dengan mengambil jalan mudah untuk memutuskan hubungan mereka.

Pelaku sakit hati karana korban dianggap tidak bertanggungjawab. Sebelumnya, mereka pernah melakukan hubungan badan seperti suami isteri. Tapi belakangan, korban malah berniat untuk meninggalkan atau mengakhiri hubungan dengan pelaku.

Bawa sebilah pisau

Dari rakaman CCTV hotel tersebut, memaparkan Aisyah telah membawa sebilah pisau yang disembunyikan dibelakangnya sebelum masuk ke sebuah bilik. Suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan bertindak menikam lelaki tersebut. Kemudian, kelihatan Ari Pratama keluar dari bilik itu tanpa berpakaian sambil tangannya memegang di bahagian perut yang sudah berdarah. Suspek juga kelihatan mengikut mangsa keluar dari bilik berkenaan.

Susulan itu, mangsa telah di bawa ke Rumah Sakit Bhayangkara untuk rawatan dan siasatan lanjut akan dilakukan.

Rakaman penuh CCTV

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×