Nampaknya, Shahrizal Jaszle masih lagi mampu bergiat aktif dalam bidang lakonan biarpun nama jejaka tampan itu kini sedang hangat didebatkan dalam mahkamah berkaitan kes khalwatnya yang masih dalam tempoh perbicaraan.
Artikel Berkaitan:
- Isu Kes Khalwat, Saksi Dakwa Shahrizal Jaszle Hanya Pakai Boxer Ketika Diserbu
- Tetap Percaya Tunang, Redzwani Puteri Tak Kisah Shahrizal Jaszle Benar Atau Salah
Enggan mempedulikan pelbagai tohmahan orang, pelakon berusia 25 tahun ini juga dilihat tetap meneruskan hubungan dengan tunangnya, Redzwani Puteri.
Namun, sikap tidak endah Shahrizal itu secara tidak langsung juga telah mewujudkan rasa tidak hormat di kalangan segelintir pengikutnya di laman Instagram yang bertindak keterlaluan dengan memberi komen berunsur lucah.
Laman Instagram Shahrizal Jaszle jadi laman lucah
Tidak gentar untuk menulis kata-kata lucah, nampaknya para pengikut di laman Instagram ini bagaikan sengaja mahu memalukan Shahrizal.
Dikunjungi hampir 45,000 orang pengikut terdiri daripada pelbagai peringkat umur, rasanya tidak elok jika ada kanak-kanak yang terbaca komen lucah berhubung alat sulit jejaka itu bukan?
Seharusnya, Shahrizal perlu lebih peka dengan perkara ini serta bertindak cekap untuk memadam komen-komen negatif dan seterusnya menyekat pengikut berkenaan.
Al-maklumlah, pengguna laman sosial semakin hari semakin berani, mungkin nanti akan tercetus pula isu lain yang memalukan jika tidak dibendung daripada awal.