Pelakon Datin Intan Najuwa menyatakan dia tidak pernah meletakkan ciri-ciri suami idaman sebelum berkahwin sebaliknya hanya berdoa dipertemukan dengan insan yang baik serta boleh menerima diri seadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Beli Barang Bayi Di Paris – ‘Shopping Day For My Baby Girl’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Percaya Suami Mampu Jadi Bapa Terbaik Buat Anak-Anak – ‘Awak Lelaki Luar Biasa’
Tuhan tentukan
Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat menjawab pertanyaan peminat di Instagram Story mengenai kepercayaannya dalam memastikan suaminya adalah jodoh yang terbaik.
Tambah aktres berusia 27 tahun itu, soal jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Dah kalau nama jodoh, Allah akan atur cantik-cantik. Awak tak perlu tahu dan fikir jika seseorang itu adalah yang terbaik buat awak, dah kalau Allah tentukan, itulah dia.
Go with the flow
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Hantu Punya Bos’ menitipkan nasihat kepada wanita-wanita yang sedang mencari jodoh untuk tidak terlalu tertekan. Kata Intan, kehidupan manusia tidak selalunya mengikut apa yang dirancangkan.
Insya-Allah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan oleh kita ada sebab. Jangan stress-stress mencari jodoh.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati iaitu ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram Intan Najuwa