

Gara-gara sering menangis ketika waktu maghrib, pelakon Datin Intan Najuwa bertindak untuk memanggil ustaz kerana risau dengan keadaan anaknya, Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Minta Jaga ‘Bonding’ Dengan Anak, Pesan Jangan Harapkan Pembantu Rumah! Intan Najuwa Respon..
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Hanya Hargai Usaha Suami, Tiada Niat ‘Show Off’ Kekayaan – ‘Bersyukur Tanpa Perlu Membandingkan’
Lunara okay

Tindakan Intan mengundang perhatian ramai kerana hasil pemeriksaan ustaz mengatakan Lunara tidak mempunyai sebarang masalah.
Jelas pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, anaknya kerap menangis kemungkinan disebabkan tanda-tanda mahu membesar.
Intan berkongsi tentang perkara itu menerusi Instagram Story (IGs) baru-baru ini.
Siapa suruh nangis lagi-lagi waktu maghrib kan dah kena panggil ustaz datang suruh ruqyah.
Alhamdulillah ustaz cakap tiada apa pun, biasalah budak nak membesar.
Ustaz yang saya panggil ni merupakan ustaz yang sama melakukan tahnik untuk Lunara sebelum ini.
Tidak dinafikan, kerisauan Intan terhadap anaknya membuatkan netizen terhibur terutamanya mereka yang sering mengikuti perkembangan aktres itu.
Suami kena upah ustaz duduk sekali

Intan berkongsi salah satu mesej yang diterima berkenaan dengan perkara itu.
Dalam mesej tersebut, netizen berseloroh mengatakan selepas ini suaminya iaitu Dato’ Ahmad Azraf Azman perlu mengupah ustaz untuk duduk sekali demi kebaikan Lunara.
Sebelum ini, Intan berkongsi Azraf telah menyediakan tiga pembantu dan seorang jururawat private untuk memantau keadaan kesihatan puteri sulungnya.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)