Pelakon Intan Najuwa memuat naik video memaparkan momen ketika membawa anak kesayangan, Imane Lunara ke hospital selepas menginjak usia 3 bulan.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Hanya Hargai Usaha Suami, Tiada Niat ‘Show Off’ Kekayaan – ‘Bersyukur Tanpa Perlu Membandingkan’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’

Netizen nasihat Intan Najuwa

@intannajuwaaaLunara is turning 3 months old tomorrow. How time flies.. ?? suara asli – ??? ????. – paleka.business ?

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dilihat ditemani pembantu rumah sepanjang lawatan tersebut.

Namun, perkongsian itu mengundang komen daripada seorang individu yang menasihatinya tentang kepentingan menjalinkan hubungan rapat dengan anak sendiri, walaupun mempunyai pembantu rumah.

Pastikan ada bond dengan anak sendiri ya sis, sangat penting. Bagus untuk perkembangan baby juga, pembantu rumah tu bonus. Saya pun ada pembantu rumah tapi mereka perlu je baru suruh mereka.

Tidak berdiam diri, Intan menegaskan bahawa sebagai seorang ibu, adalah tanggungjawab untuk menguruskan segala keperluan anak. Jadi, hubungan antara ibu dan anak tidak perlu dipersoalkan kerana sememangnya mereka mempunyai ikatan yang istimewa.

 Saya mak dia, bukan setakat bonding. Nak susu, nak apa-apa pun cari saya walaupun ada pembantu rumah. Saya rasa benda ni tak perlu nak beritahu kot, semua mak dalam dunia ni tahu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para ibu bersetuju dengan pandangan Intan bahawa setiap ibu pasti tahu yang terbaik untuk anak mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa kehadiran pembantu rumah hanyalah sebagai bantuan, dan tidak menggantikan kasih sayang atau peranan sebenar seorang ibu dalam membesarkan anak.

Komen netizen

Sumber: TikTok Intan Najuwa