berita

Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000

August 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Intan Najuwa

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Datuk Ahmad Asraf Azman, kira-kira jam 6.45 petang Jumaat.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dalam Fasa Bahagia’ – Intan Najuwa ‘Kunci Mulut’ Isu Bertunang Dengan Datuk

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Teguran Seksi, Netizen Minta Maaf Cepat Melatah – ‘Semoga Istiqamah Sebagai Wanita Muslimah’

Sekali lafaz

Intan Najuwa

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.

Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.

Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.

Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah rakan selebriti termasuk Nora Danish, Datin Elvina Mohamad, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×