Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadiri kes saman fitnah, pada pagi Isnin.
Artikel berkaitan: ‘Dah Berzaman Aku Kena Fitnah Selama Ini’ – Izreen Azminda ‘Warning’ Netizen Kaitkan Dirinya Dengan Intan
Artikel berkaitan: Izreen Azminda ‘Meletop’ Dengan Intan Saleh, Dakwa Bertahun Kena Buli & ‘Provoke’ – ‘Selama Ini Aku Taat Dengan Permintaan Ude’
Syukur plaintif kedua tarik kes
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Intan menyatakan rasa syukur apabila plaintif kedua iaitu bekas suaminya, Ude Wahid menarik semula kes tersebut.
Intan telah hadir pagi ini untuk process mediasi. Semoga ada jalan mudah untuk selesaikan perkara ini.
Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes.
Plaintif pertama teruskan kes saman
Meskipun plaintif kedua menarik kes, tetapi kes saman masih diteruskan kerana plaintif pertama masih mahu meneruskannya.
Namun plaintif pertama masih meneruskan kes saman. Doakan segalanya dipermudahkan untuk Intan teruskan.
Terdahulu, Intan menerima surat saman didakwa menfitnah dan pihak peguam telah membalas surat tuntutan dan pada masa sama membuat tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadapnya.
Sumber: Intan Salleh