berita

Interaksi Gunakan Bahasa Melayu-WINNER Tawan Hati Inner Circle!

January 19th, 2020 | by Epul
KPOP

Bagi peminat KPOP, WINNER bukanlah satu nama yang asing lagi, kumpulan yang terdiri daripada empat jejaka iaitu Jinwoo, Seunghoon, Mino dan Seungyoon merupakan salah satu kumpulan yang berada di bawah naungan YG Entertaiment.

Semalam telah berlangsungnya konsert jelajah WINNER [CROSS] Tour di Kuala Lumpur. OHBULAN! telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Inner Circle (kelab peminat Winner) untuk merasai sendiri kemantapan vokal dan persembahan daripada kumpulan yang berasal daripada Korea Selatan itu. Apa yang kami boleh katakan ialah persembahan WINNER sememangnya sangat WOW lah! 

Vokal mantap dengan iringan live band

Sering kali kumpulan KPOP dikaitkan dengan nyanyian secara miming apabila melakukan persembahan secara langsung. Namun semalam, WINNER menunjukkan bahawa mereka sememangnya lain daripada yang lain, apabila menyanyi secara langsung dihadapan 4,500 peminat mereka sambil diiringi dengan live band.

Pujian kami berikan kepada Seungyoon selaku vokal utama, kerana walaupun mengalami sakit tekak, namun itu sama sekali tidak menjejaskan persembahannya bersama ahli kumpulan yang lain.

Persembahan solo yang memukau

Tidak lengkap rasanya konsert tanpa persembahan solo setiap ahli kumpulan, masa ni la setiap ahli dapat menyinarkan bakat terpendam mereka.

Pada persembahan solo, setiap ahli WINNER telah menyanyikan lagu mereka sendiri. Tirai solo dibuka dengan persembahan daripada Seunghoon (Hoony) dengan lagu Serenade. Persembahan ini paling mencuit hati kerana Hoony bijak berinteraksi dengan peminat dalam bahasa Melayu.

Hoony: This song is for all my sayangs! Who is my sayang?!

Persembahan diteruskan dengan persembahan solo daripada Jinwoo (Jinu) yang membawakan lagu Call Anytime dan Seungyoon (Yoon) yang membawakan dua buah lagu Instinctively dan Wind diiringi petikan gitar.

Mino telah menutup tirai solo dengan persembahan energetiknya sambil membawakan 3 buah lagu I’m Him, Trigger dan Fiance.

Interaksi lucu bersama peminat

WINNER berjaya menawan hati Inner Circle apabila mereka sedaya upaya cuba berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu bersama peminat, walaupun sedikit pelat peminat mereka tetap terhibur dengan telatah lucu dan kerenah setiap ahli kumpulan.

WINNER juga bijak menggunakan eye contact untuk berinteraksi dalam setiap persembahan bagi menghargai peminat mereka yang hadir. Sesiapa yang berada di stadium semalam pastinya dapat merasai sendiri fan service yang diberikan oleh WINNER, boleh kami katakan antara yang terbaik dalam kalangan kumpulan KPOP.

Kejutan ulang tahun Seungyoon

Inner Circle Malaysia dalam pada itu sempat melakukan kejutan buat Seungyoon yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke -27 pada 21 Januari nanti.

Seungyoon ternyata terharu dengan sambutan awal peminat dan turut bersama-sama Inner Circle menyanyikan lagu hari lahir buat dirinya.

Winner janji akan kembali ke Malaysia!

Konsert yang dianjurkan iME Entertainment menyaksikan kumpulan WINNER mempersembahkan lebih 30 buah lagu yang semestinya bakal diingati oleh peminat mereka di sini.

Selepas Seoul, Taipei, Jakarta, Bangkok dan Malaysia, konsert WINNER [CROSS] Tour akan diteruskan ke Manila dan Singapura.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×