berita

Iphone 12 ‘Ala Carte’ Diperkenalkan, Dijual Tanpa Charger & Earpod

October 14th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Selepas sekian lama menunggu, Apple akhirnya telah melancarkan empat model terbaharu telefon pintar iPhone untuk tahun 2020 menerusi siaran langsung dari Apple Park  jam 1.00 pagi tadi.

Antara tarikan utama pada siaran langsung tersebut adalah iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Kesemua model iPhone 12 ini mempunyai 5G dan cip pemprosesan A14 Bionic, menjadikan model-model iPhone 12 telefon pintar terpantas di pasaran.

Perlu diingatkan, kini dengan pembelian iPhone 12 ke atas, Apple tidak lagi sertakan palam pengecas dan earpod. Tindakan Apple ini adalah untuk mengambil langkah menjaga alam sekitar. Kotak pembelian iPhone 12 dan ke atas lebih kecil berbanding model-model iPhone sebelum ini.

Skrin tahan lasak

Foto: Siaran Langsung Apple

Apple memperkenalkan Ceramic Shield iaitu skrin paparan yang lebih tahan lasak daripada model iPhone sebelum ini. Ia juga mempunyai skrin paparan 6.1 inci dengan panel OLED Super Retina XDR.

Kini iPhone 12 menyokong Dolby Vision, HDR 10 dan HLG selepas mempunyai maksimum 1,200 nits kecerahan. Apple juga masih kekalkan dua lensa kamera di seperti iPhone 11 tetapi lensa kamera iPhone 12 dinaiktaraf. Kedua-dua lensa kamera ini mempunyai Night Mode dimana lensa memberikan 27% peningkatan pencahayaan berbanding sebelum ini.

Namun, jangka hayat bateri iPhone 12 adalah sama dengan iPhone 11 dan harga dipasaran bagi iPhone 12 bermula dengan RM3,899.00

Lebih ringan, lebih padat

Foto: Apple

Kini Apple mengeluarkan model “mini” di barisan iPhone. Apple mengumumkan iPhone 12 mini merupakan telefon 5G paling kecil dan ringan di pasaran ketika ini. Dengan skrin paparan 5.4 inci, ia lebih kecil berbanding iPhone SE yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Namun, berbeza dengan iPhone SE, ia mempunyai Face ID, bezel yang lebih nipis, serta ciri-ciri baharu yang ada di iPhone 12.iPhone 12 mini mempunyai prestasi yang sama dengan iPhone 12 dan perbezaannya terletak dari segi saiz sahaja.

Harga di pasaran bagi iPhone 12 mini bermula dari RM3,399.00

Untuk penggemar fotografi

Foto: Apple

Untuk versi Pro, Apple memperkenalkan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro max. iPhone 12 Pro merupakan model kecil untuk versi pro dengan saiz skrin paparan 6.1 inci OLED. Panel skrin iPhone 12 Pro menyokong paparan HDR, DCI-P3, True Tone, Haptic Touch.

Sama seperti iPhone 12 dan iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro juga mempunyai teknologi skrin Ceramic Shield yang lebih tahan lasak berbanding telefon pintar lain.

Kedua-dua iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mempunyai 3 lensa di belakang, 12MP lensa utama, 12MP lensa telephoto dan 12MP lensa sudut lebar. Apple juga menambah ciri baharu untuk kesemua lensa yang mempunyai rakaman video dalam HDR dan Dolby Vision HDR untuk pengalaman videografi yang lebih seronok. Apple juga memperkenalkan system LiDAR iaitu teknologi daripada iPad Pro 2020.

Untuk iPhone 12 Pro Max, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan iPhone 12 Pro cuma berbeza dari segi saiz dan kamera. Skrin paparan iPhone 12 Pro Max berukuran 6.7 inci, lebih besar dari iPhone 11 Pro Max. Harga jualan iPhone 12 Pro bermula dari RM4,899.00 manakala iPhone 12 Pro adalah RM5,299.00.

Sumber: Apple

SKIP THIS AD ×