berita

iPhone 6 & iPhone 6 Plus Jadi Tumpuan Selebriti. Ya, Hari Apple Sedunia!

September 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

DSC_4451

Wah wah wah, hari yang ditunggu akhirnya tiba juga. Dah lama sangat rasanya semua orang menanti pelancaran telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Dah namanya pun Plus kan, so mestilah ciri-cirinya lebih daripada peranti biasa. Untuk makluman, iPhone 6 Plus diperkenalkan dengan saiz skrin seluas 5.5″. Manakala skrin iPhone 6 pula bersaiz 4.5″, tetapi kedua-duanya dilengkapi dengan paparan retina HD yang lebih baik.

Walaupun rangkaian terbaru ini masih mengekalkan fungsi kamera dengan 8 megapixel, tapi ia dilengkapi dengan penstabilan imej yang leboh cool supaya gambar yang diambil sewaktu keadaan bergegar tetap berkualiti tinggi.

Tambah menarik lagi, cip pemprosesan iOS 8 untuk iPhone 6 ini dikhabarkan 84 kali lebih pantas berbanding iOS 7 dalam iPhone 5S terdahulu. Jyeah, ini yang kita mahukan!

DSC_4563

Ini antara perbandingan kelebihan iPhone 6 & iPhone 6 Plus dengan iPhone 5S

Macam biasalah, setiap kali Apple menlancarkan iPhone terbaru mereka, mesti ramai yang teruja dan berlumba-lumba mahu mendapatkannya.

Tak terkecuali, antara selebriti terawal yang excited dengan perkhabaran ini ialah Erin Malek dan Sara Ali. Kedua-duanya berkongsi gambar terbaru mengenai iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Instagram mereka sebentar tadi.

Paling best, Sara Ali bukan setakat berangan, tapi memang sudah pasti akan membelinya kerana iPhone 5 yang digunakan sekarang dikatakan iDahrabak. Untunglah, hehe!

Screen Shot 2014-09-10 at 11.08.54

Selain daripada itu, Apple turut melancarkan jam pintar keluaran mereka dikenali sebagai iWatch dan bakal dipasarkan bermula tahun depan harga permulaan dikatakan bernilai RM1,114.

Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Paknil pun berminat dengan iWatch dan berharap para peminat dapat membelikan jam pintar tersebut untuk hadiah hari lahirnya.

Screen Shot 2014-09-10 at 11.41.34

iWatch pun nampak menarik kebabom!

Apapun, jom tengok video dan gambar-gambar iPhone 6 serta iPhone 6 Plus untuk tatapan anda di bawah. Memang awesome possum!

SKIP THIS AD ×