berita

Ippo Hafiz Tak Paksa Isteri Bertudung, Atas Kerelaan Sendiri – ‘Saya Sangat Bersyukur Dengan Nikmat Allah SWT ..’

July 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Ippo Hafiz tidak dapat mengungkapkan rasa gembira apabila isteri tercinta, Norfarahin Mohd Roslan sudah bertudung litup.

Nasihat isteri cara baik

Menurut Ippo, dia bersyukur kerana isterinya terbuka hati untuk menutup aurat. Kata komposer berumur  33 tahun ini, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sang isteri sendiri, tidak ada paksaan daripada dirinya.

Siapa sahaja yang tidak gembira melihat perubahan yang sedemikian? Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Isteri saya bertudung atas kerelaannya sendiri. Apa yang saya harapkan adalah doa semua semoga diberikan kekuatan buat saya dan keluarga.

Saya sebagai suami pernah titipkan pesan (bertudung), tetapi bukan saya yang minta, tapi ia adalah yang diperintahkan oleh-Nya.

Saya tak paksa dan nasihatkan isteri dalam cara baik. Kita tunjukkan perkara wajib sebab kalau kita yang cakap belum tentu ia betul. Jadi apa yang Nabi kita buat, itulah yang terbaik.

Ippo berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Buku Paya Bear di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Turut diadakan Pelancaran Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob dan lagu ‘Demi Semua’.

Hadir sama, YABhg Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Beri semangat kepada anak muda

Bercerita mengenai lagu ‘Demi Semua’, Ippo menyatakan lagu tersebut dihasilkan pada tahun lalu dan optimis mengharapkan reaksi baik pendengar.

Saya merupakan anak Pahang. Jadi, say terfikir untuk hasilkan lagu yang boleh beri semangat buat anak-anak muda agar cintakan negara. Skopnya lagu berkenaan besar dan meluas.

Justeru, sesiapa sahaja boleh jadikan lagu tersebut sebagai inspirasi dan elemen tersebut diterapkan bagi menyuntik semangat patriotisme.

Jujurnya, sudah lama rancang untuk menghasilkan lagu seperti ini. Jadi apabila bertemu dengan YB Datuk Indera Mohd Sahar Abdullah, kami sama-sama mencari idea mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam usaha menaikkan semangat dan pembangunan minda khasnya di kalangan anak muda.

Ada ‘sentuhan’ Timbalan Menteri Kewangan 1

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Hafiz Yaziz berkata, proses penghasilan lagu tersebut mudah dibuat memandangkan dia dan Timbalan Menteri Kewangan 1 saling mengenali.

Kalau nak tahu, YB turut sama-sama beri ilham dalam penulisan lirik. Kemudian, saya gabungkan ia menjadi sebuah lagu yang baik.

Penggambaran muzik videonya juga dilakukan tahun lalu dengan mengambil latar beberapa lokasi menarik sekitar Pahang.

Sumber: Instagram @ippohafiz

SKIP THIS AD ×