berita

Bacaan Paras Indeks Pencemaran Udara Tidak Sihat, Malaysia Berdepan Jerebu Teruk

September 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Malaysia pada hari ini sedang berdepan dengan masalah jerebu yang semakin teruk. Banyak sekolah-sekolah terutamanya di Sarawak dilaporkan sudah ditutup akibat daripada bacaan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pusat Metereologi Khas Asean (ASMC) menerusi laporan Malaymail malah memberi amaran fenomena jerebu di Malaysia ini dijangka bertambah buruk kerana penambahan titik panas yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

IPU naik dari 52 ke 206

Menurut ASMC, data yang diperolehi menunjukkan titik panas di Sumatera terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 206 pada 8 September berbanding 52 pada 7 September, meskipun ia dinafikan Indonesia.

Situasi panas serta jerebu di Sumatera dan Kalimantan dijangka berterusan.

Dengan angin yang bertiup dari Tenggara atau Barat Daya, jerebu rentas sempadan dijangka terus akan menjejaskan kawasan sekitarnya termasuk barat Sarawak dan bahagian barat Semenanjung Malaysia.

Tetap kering walaupun hujan lebat

ASMC juga berkata, yang memburukkan lagi keadaan ialah apabila kawasan selatan Asean terus kering meskipun berlaku hujan lebat di kawasan utara.

Katanya, jerebu di wilayah Indonesia di Riau, Jambi, Sumatera Selatan dan Lampung serta Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan kemudian dibawa ke barat Sarawak dan Semenanjung Malaysia oleh angin.

Jerebu di Semenanjung makin serius

Sementara itu Berita Harian melaporkan masalah  jerebu di  bahagian semenanjung Malaysia semakin serius hari ini.

Menurut laporan itu, data Indeks Pencemaran Udara Malaysia Malaysia (APIMS) menunjukkan 11 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan IPU tidak sihat pada pagi tadi. Negeri terbabit termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Untuk makluman, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber: Malaymail, Malaysiakini, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×