berita

Vida Menangis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Akui Sudah Tawar Hati – ‘Terima Kasih Atas Penghinaan’

September 20th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli telah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mama Bagi Kasih Sayang Kepada Orang Baru, Lepas Tu Nak Kurangkan Lagi Kasih Sayang Dekat Cik B’

Artikel Berkaitan: Demi Jaga Maruah, Hormat Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Kahwini Vida? – ‘Saya Tidak Pernah Curi Wang Beliau’

Terbaru, Iqbal menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu rakaman perbualannya bersama Datuk Seri Vida.

Vida menangis mohon maaf

Berdasarkan mesej yang dikirim di WhatsApp, kedengaran suara Datuk Seri Vida sedang menangis sambil memohon maaf jika ada perbuatannya yang menyinggung perasaan Iqbal. Bukan itu saya, Vida juga meminta peluang kepada bekas pembantu peribadinya yang berusia 27 tahun itu supaya membimbing dirinya, Cik B dan Kacak.

Assalamualaikum, saya mohon banyak maaf kalau ada perbuatan saya tanpa saya sedar menyinggung perasaan. Perbuatan yang Cik B, Kacak yang menyinggung perasaan. Saya tahu awak sayang ke Cik B, saya tak pernah tak lekang perkataan sayang pada Cik B, Kacak. Bagi peluang dekat mereka, bagi peluang awak bimbing mereka.

Tidak terhenti di situ, Vida bagi pihak Cik B dan Kacak sekali lagi memohon maaf kepada Iqbal atas tingkah laku mereka. Menurut Vida, kedua-dua anaknya itu masih belum matang dan dalam masa yang sama mereka dipercayai trauma untuk menerima orang baru dalam keluarga. Vida juga beranggapan bahawa Cik B dan Kacak adalah mangsa keadaan.

Maaf kan lah ke Cik B, Kacak. Maafkan saya jika saya banyak buat silap tanpa saya sedar. Boleh terima saya seadanya, saya gini. Maafkan Cik B, Kacak tu. Mereka tak matang, mereka trauma. Bagi mereka peluang semula, boleh tak? Kasihan diorang, diorang pun jadi mangsa keadaan.

Saya tak nak menangis lagi. Tak nak menangis nangis. Saya tak boleh macam ni. Bagi mereka peluang, mereka pun dah rasa bersalah. Saya tak nak mereka terbeban dengan perasaan bersalah. Bersama awak, saya, Cik B dan Kacak akan jadi orang hebat jadi macam kita selalu nak diorang jadi hebat. Bagi saya peluang betulkan keadaan.

Namun, Iqbal hanya membalas dan memaklumkan kepada Datuk Seri Vida bahawa dia kini sudah tawar hati.

‘Maafkan lah ke Cik B, Kacak’

Mesej DSV

Sumber: Iqbal Zulkefli

SKIP THIS AD ×