Mengundang pelakon Diana Danielle membintangi muzik video (MV) terbaharu berjudul ‘Undur Diri’, penyanyi Iqbal Zulkefli mendedahkan dia membayar aktres itu dengan nilai yang tinggi.
Artikel Berkaitan: Iqbal Minta Izin Farid Kamil Sebelum Mula ‘Shooting’ Muzik Video – ‘Jangan Risau, Saya Masih Tahu Batas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Perjelas Foto Dengan Diana Daniella, Akui Hanya Gimik Video Muzik – ‘Saya Sedar Diri Ini Gemuk & Pendek’
Berhabis RM200,000
Mengakui berhabis hingga nilai lima angka, pemilik nama lengkap Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, berkata, kos tersebut termasuk persiapan busana, jurusolek dan beberapa perkara lain untuk projek MV berkenaan.
Setiap artis yang saya jemput untuk ajak bekerjasama, saya letakkan harga lima angka. Untuk projek dengan Diana termasuk persiapan, baju dan make up dia.
Saya siapkan semua dari A sampai Z, Diana datang hanya tinggal shooting sahaja.
Jumlah yang saya keluarkan untuk projek ini adalah RM200,000. Memang satu jumlah yang besar. Nak jadi artis memang pakai duit banyak. Kalau tak keluarkan kos, nanti tiada kualiti.
Iqbal berkongsi perkara itu ketika ditemui di karpet merah Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Nafi tunggang isu
Dalam pada itu, Iqbal menafikan pemilihan Diana sebagai pelakon dalam MV tersebut kerana mahu menunggang isu rumah tangga membabitkan aktres berkenaan.
Sebelum ajak shooting, saya sudah bertanya kepada Diana, adakah dia tidak kisah untuk shooting dalam MV sebab saya ini artis berkontroversi.
Diana juga sudah dinasihatkan untuk buat pencerahan lebih awal mengatakan kami hanya bekerja dan tiada apa-apa hubungan pun.
Saya tahu dia masih lagi berstatus isteri orang, tiada niat pun nak buat konten atau tunggang isu dia.