Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkelfi menyarankan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak meneruskan hasrat menyaman bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Melati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Bagi Peluang Untuk Berbincang & Buat Permohonan Maaf’ – Aliff Syukri
Imbau kenangan bersama Vida
Menerusi komen yang ditinggalkan di laman Instagram sebuah portal hiburan, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkelfi berpendapat bahawa sekiranya diteruskan pasti akan mendatangkan kesan buruk di masa akan datang buat kedua belah pihak.
Iqbal turut menasihati kedua-dua belah pihak untuk bersabar dengan isu yang melanda dan sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka.
Berkongsi pengalamannya, Iqbal memaklumkan dia yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan, Datuk Seri Vida juga pernah berlaku salah faham namun tidak dibawa ke muka pengadilan.
Dakwa Iqbal, terdapat banyak perkara yang memboleh dirinya mengheret Vida ke muka pengadilan namun memilih untuk tidak berbuat demikian demi menjaga hubungan baik.
Sekadar info, kes membabitkan Aliff dan Melati atau nama sebenarnya Melati Abdul Ghani bermula pada tahun 2021 apabila wanita berusia 47 tahun itu memuat naik hantaran yang didakwa berbaur fitnah mengenai bekas majikannya di media sosial.
Mahkamah kemudiannya mengarahkan Melati untuk membayar saman kepada Aliff namun gagal untuk berbuat demikian.
Sumber: Instagram mStar