Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa syukur apabila bapa dan arwah ibunya telah memberikan didikan yang baik kepadanya.
Artikel Berkaitan: Inspektor Shiela Cair Tengok Iqbal Zulkefli Pakai Baju Kaum India, Persis Shah Rukh Khan
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkifle Mengaku ‘Gila Glamour’
‘Tak pernah mencarut’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Iqbal turut berkata ibu bapanya tidak pernah mengajar dia dan adik-beradiknya untuk bersikap kurang ajar.
Malah, Iqbal akui tidak pernah ‘mencarut’ dan bercakap kasar sepanjang hidupnya.
Syukur, baba, arwah ummi, ibu saudara, bapa saudara dan arwah datuk nenek mendidik saya menjadi orang yang beradab, dan sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.
Jujur tidak pernah wujud perkataan mencarut ataupun kasar dalam bumbung rumah kami sepanjang hidup. Apatah lagi berbuat tidak baik sesama manusia.
Justeru, pelantun lagu Hujan itu berkata, pendidikan adalah perkara yang penting dalam kehidupan seseorang untuk sentiasa menjaga adab.
Sebab itu pelajaran itu sangat penting dalam kehidupan kita. Meskipun kita banyak dosa dan kelemahan, adab tetap menjadi tunjang kehidupan.
Sumber: Instagram