Pelakon Iqram Dinzly meluahkan rasa simpati ke atas nasib rakannya iaitu pelawak Shuk Sahar yang sedang diuji dengan pergolakan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Beri Respon, Nafi Cerita Buruk Pasal Isteri – ‘Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Pasal Orang’
‘Jangan percaya’
Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, berharap orang ramai tidak mempercayai bulat-bulat mengenai kenyataan yang dibuat isteri Shuk iaitu Fara Salleh, baru-baru ini.
Dengan rasa simpati terhadap sahabat saya Shuk Sahar, mohon jangan bulat-bulat percaya apa yang dilontarkan oleh pasangannya dengan ayat yang mencurigakan.
Ya manusia tidak lari buat kesilapan, tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman. Apabila emosi dihasut syaitan, benda yang kecil akan dibesar-besarkan.
Iqram berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Bekerja keras
Dalam pada itu, Iqram menyifatkan Shuk seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sentiasa bekerja keras mencari rezeki selain ringan tulang.
Sepanjang perkenalan saya di mana pernah berniaga berkongsi booth dengan Shuk, saya rasa dia berhempas pulas meniaga tanpa mengira masa, kudrat dan ringan tulang tolong sahabat-sahabatnya menjual.
Saya tak katakan Shuk ini malaikat, cuma apa yang saya boleh katakan, Shuk usaha gigih dalam membangkitkan dirinya membanting tulang empat kerat.
Jadi apa yang ditempuhi sekarang adalah ujian dan dugaan sebelum Allah nak naikkan lahi darjat.
Justeru, Iqram meminta orang ramai mendoakan agar rumah tangga Shuk dan Fara berada dalam keadaan baik serta dijauhkan daripada fitnah.
Mohon masyarakat doakan supaya Shuk dan pasangan dikurniakan lindungan dari fitnah dajjal serta reda dan rahmat Allah mengiringi perjalanan dan perjuangan mereka dalam berpasangan.
Terdahulu, Fara menerusi hantaran di platform X memberitahu dia menyesal mengahwini Shuk dan minta diceraikan.
Malah, Fara mendakwa Shuk tidak berubah dan masih dengan sikapnya seorang ‘kaki perempuan’
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak tidak berhasil apabila kiriman mesej tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab.
Sumber: Instagram