Semalam industri seni dikejutkan dengan berita mengenai pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang didakwa sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Perceraian Terhadap Ira Kazar?
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam ‘No Comment’ Isu Syamsul Didakwa Ceraikan Ira Kazar – ‘Kami Dah Lama Lost Contact’
Kata-kata semangat untuk Ira
View this post on Instagram
Susulan itu, tinjauan OhBulan! mendapati warganet mula menghujani ruangan komen media sosial milik Ira.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet, antaranya ada yang seolah-olah tidak percaya akan tindakan Syamsul selain ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Ira.
Berita itu betul ke? Ke berita palsu?
Semoga berita hari ini (semalam), tak betul.
Baru perasan tak ada cincin dekat jari. Semoga bertabah ya.
Semoga Ira tetap kuat, jaga diri.
Saya memang suka Ira, satu Malaysia kecam dia pun dia diam sahaja, tak ada nak kecam orang.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan cerai.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.